home Latest News Sambutan Aidilfitri Dan Perjumpaan Thirdforce Perak Bersama Dr Raja

Sambutan Aidilfitri Dan Perjumpaan Thirdforce Perak Bersama Dr Raja

12 Julai, Lekir, Perak- hari ini, Abangraja bersama sukarelawan Thirdforce bertolak ke Batu 10 Lekir untuk bersama program Thirdforce Perak. Perjalanan dari Taiping yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Batu 10 Lekir.

Malam tadi berlangsung program sambutan hari Raya bersama Raja shamri atau Abangraja iaitu Pengasas gerakan The Thirdforce yang bermula pada jam 9.00 malam tadi.

Abangraja juga sempat memberi nasihat kepada pelajar-pelajar tahfiz ini supaya terus beristiqomah dalam melakukan amal kebaikan. Abangraja menyentuh tentang pentingnya menjaga hati dari bisikan jahat yang boleh mensyirikkan Allah. Hati yang bersih akan menjadikan kita dekat dengan Allah dan doa mudah makbul. Agihan duit raya kepada pelajar tahfiz yang rata-ratanya anak yatim dan anak-anak dari keluarga miskin juga di sempurnakan oleh abangraja kepada lebih kurang 120 orang pelajar ini.

Kehadiran Abangraja bersama sukarelawan Thirdforce HQ Pasir Puteh ini disambut oleh thirdforce Perak. Penyelia Thirdforce Perak Ustaz Syed walau bagaimanapun tidak dapat bersama malam ini kerana berada diluar kawasan. Abangraja kini dalam perancangan untuk melawat semua Thirdforce kawasan di seluruh Malaysia. Hal ini bertujuan untuk bertemu mata dan membimbing sukarelawan thirdforce kawasan bagi memastikan Thirdforce setiap kawasan dapat bergerak seiring dilandasan yang betul selaras dengan misi dan visi gerakan ini.

Perjumpaan bersama thirdforce Perak malam tadi diadakan di bangunan akademik pondok tahfiz ini turut di sertai penyerahan laporan aktiviti thirdforce Perak oleh teacher cheah. Kita merasa bertuah kerana keseluruhan kompleks pendidikan manabiul ulum ini telah menjadi sebahagian dari thirdforce perak. Kompleks yang menempatkan pondok tahfiz, surau serta asrama ini memudahkan thirdforce perak untuk berkumpul dan merangka aktiviti.

Abangraja sendiri sudah tidak asing dengan tempat. Sudah bertahun lamanya abangraja hadir ke sini untuk menyantuni anak2 tahfiz di sini. Ada antaranya yg telah menyambung pelajaran ke acheh, timur tengah dan sebagainya. Malam tadi karpet surau di pondok tahfiz ini nampak uzur sangat dan abangraja yang sangat gemarkan program bantuan berbentuk amal jariah ni terus meluluskan bantuan utk menukar karpet baru surau pondok tahfiz ni.

Jommmm kita sama-sama beli saham akhirat ini. Bayangkan karpet inilah anak-anak tahfiz ini duduk solat dan memghafaz Al-Quran setiap hari.

Kepada semua thirdforce Perak yang hadir malam tadi tahniah dan terima kasih sangat atas penganjuran program. Kita dapar tahu ada yg datang dari Pangkor naik bot utk memasak dan berkejar balik naik bot semula.

Kalian memang hebat!
Semoga Allah berkati kerja buat kita semua.

Laporan dari Affifuddin,
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *