home Latest News Thirdforce Bantu Beli Meja Dan Kerusi

Thirdforce Bantu Beli Meja Dan Kerusi

ABANGRAJA DI SMK DATO WAN AHMAD RASDI CHANGKAT JERING

Alhamdulillah semalam abang raja telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada kira-kira 320 orang pelajar dan 50 orang guru di SMK Dato’ Wan Ahmad Rasdi Changkat jering, Taiping Perak.

Program ini adalah antara program khas yang di kendalikan abangraja sejak 18 tahun yang lepas bersama Golden Minds Consultant. Iannya mensasarkan pembentukan sikap dan persediaan dalaman diri pelajar serts guru untuk menghadapi peperiksaan serta untuk pemantapan diri masing-masing.

Selesai kendalikan program, kita di beritahu sekolah sedang berusaha untuk membeli meja dan kerusi yang tidak cukup untuk di letakkan di dewan serbaguna untuk para pelajar menghadapi peperiksaan.

Sebelum ini bila musim peperiksaan para pelajar perlu mengangkat meja dan kerusi dari tingkat atas bawak turun ke dewan dan mengangkat kembali meja dan kerusi ke kelas setelah peperiksaan selesai. Perkara ini menyebabkan berlakunya banyak meja dan kerusi yg patah dan rosak.

Oleh itu, the THIRDFORCE bersetuju untuk membantu pembelian meja dan kerusi SMK Dato Ahmad Rasdi ini. Abangraja yang sangat suka dan sinonim dengan program bantuan berbentuk jariah (pahala berpanjangan) ini tidak akan melepaskan peluang untuk menyalurkan saham akhirat kita semua ke program bantuan seperti ini.

Kerjasama antara thirdforce dan pihak sekolah seperti ini adalah bukti keterbukaan thirdforce dan juga pihak sekolah dalam bersama sama membina negara ini dengan kasih sayang dan bersama membantu membangunkan modal insan tanpa platform politik dan apa2 kepentingan peribadi.

Semuanya demi masa depan anak bangsa.

Ayuh rakyat Malaysia kita sama-sama membeli saham akhirat masing-masing. Cuba bayangkan betapa banyak pahala yang berterusan selagi mana pelajar menggunakan kerusi dan meja ini.

Untuk sama-sama membantu dan membeli saham akhirat boleh inbox ke Facebook ini ya.

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
SMK DATO’ WAN AHMAD RASDI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *