home Latest News Update Hari Ke-13 Kebakaran 1717

Update Hari Ke-13 Kebakaran 1717

Tarikh : 13/7/2017

Lokasi : Kg Hidayat, Batu 4 Tawau, Sabah
Waktu operasi : 2.50 pm – 5.30 pm

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

Pilu hati apabila melihat mangsa kebakaran yang terdiri pelbagai golongan umur berebut-rebut untuk mendapatkan agihan hari ini.

Beras, tepung, mee segera, Pinggan, mangkuk, gelas, sudu, periuk, bekas air, kain tudung, kasut, selipar kanak-kanak, baju melayu dan baju kurung merupakan barangan yang menarik perhatian mangsa untuk berpusu-pusu dipusat pembahagian PERKALAS@3rd Force.

Mungki di mata kita barangan di atas tak bernilai tetapi berbeza pada pandangan mangsa. Mereka sangat memerlukannya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Pengiran Tahir Pengiran Assim (Guru Besar Cemerlang SK Batu 22), Cikgu Deti Paidar dan cikgu Jiplin dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari bangsa cina Cikgu Sharon dan team yang bertungkus lumus membantu PERKALAS bagi mengumpulkan barangan keperluan untuk mangsa.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“Together we are stonger”

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Cikgu Kahar
Thirdforce Tawau
Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *