home Religion Hidayah Itu Milik Allah : Rukanah Yang Sombong

Hidayah Itu Milik Allah : Rukanah Yang Sombong

16 Julai 2017, Alhamdulillah pagi ini sukarelawan THIRDFORCE meneruskan solat Dhuha bersama Abangraja di Surau De’ Raja (SDR). Hampir semua sukarelawan THIRDFORCE sepenuh masa dapat bersama pada pagi ini kecuali Fariq yang sedang bercuti selepas keluar dari hospital.

Selesai solat Dhuha, pagi ini Abangraja berkongsi kisah dari fiqh sirah cerita mengenai Rukanah seorang kafir Quraish yang merupakan seorang yang hebat bergusti serta seorang yang sombong. Kesombongannya pernah ditunjukkan ketika bertemu Rasulullah.Rukanah telah mencabar Rasulullah untuk berlawan dengan dia. Baginda telah menerima cabaran itu dengan harapan agar orang yang sombong itu tidak berlarutan dalam kesombongannya.

Berlaku pergelutan antara Rasulullah dan Rukanah, meski pun dia seorang hero dalam bergusti, anehnya dia tidak mampu menewaskan Nabi. Nabi berjaya mengangkat Rukanah dan membalingnya ke batu.Rukanah akhirnya mengakui kekuatan Rasulullah. Rasulullah seterusnya telah menunjukkan mukjizat dengan secara tiba-tiba pohon yang kukuh dan besar roboh dan berjalan mendekati Rasulullah. Namun Rukanah tetap menafikan mukjizat tersebut malah menyatakan itu adalah sihir.

Pengajaran dalam cerita ini ialah dapat dikaitkan dengan kerja-kerja kesukarelawan yang THIRDFORCE lakukan hampir 3 tahun ini. Kadang-kadang kita perlu menyahut cabaran musuh agar mereka tidak berterusan jadi sombong. Di samping itu, kita juga perlu faham bahawa hidayah itu milik Allah, Biarpun di tunjukkan pelbagai bukti namun Rukanah tetap tak mahu mengikuti Rasulullah.

Walaupun semua orang tahu cara THIRDFORCE melakukan kerja dan update kerja-kerja  bantuan di kongsi secara terbuka dengan orang awam di internet secara online, annual report ada boleh download di website secara terbuka, dan thirdforce berkembang ke seluruh negara dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta, yang jelas membantu meringan beban kerajaan negeri dan persekutuan serta membantu asnaf diseluruh negara namun masih lagi ada yang ‘busuk hati’ dengan kerja-kerja kita dengan melemparkan tuduhan dan fitnah-fitnah jahat.

Mereka tidak boleh terima dengan kerja-kerja baik ini kerana perkara sunnah ini walaupun nampak baik, namun masih lagi buruk pada mereka yang hatinya tidak bersih. Biarkanlah, Kerana memang itulah sunnah nabi. Jomm kita teruskan melangkah kerana masih ramai orang miskin yg perlu kita bantu. Alhamdulillah terkini kita di beri peluang oleh Jabatan Kesihatan Besut untuk sama-sama membina sebuah surau bagi kegunaan awam dan kakitangan klinik kesihatan Sri Medang dengan bantuan orang ramai yang ingin merebut saham akhirat berpanjangan. Bayangkan berapa ramai yang akan guna surau ni. bayangkan pahala yang memgalir berpanjangan kepada penyumbang.

Pembinaan surau itu nanti adalah simbol kerja buat kita membantu meringankan beban kerajaan demi memanfaatkan rakyat marhaen di sebalik fitnah dari orang tertentu yang istiqamah menuduh kita macam-macam. Jomm muhasabah diri dan baiki diri dari masa ke semasa supaya hati kita bersih. Bila hati bersih kita akan jadi orang baik baik.

Laporan oleh Ramadan
Pegawai Sumber Manusia
The 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *