home Education Pusat Tuisyen Percuma Kepada Anak-Anak Asnaf

Pusat Tuisyen Percuma Kepada Anak-Anak Asnaf

16 Julai, Pasir Puteh-Hari ini, sukarelawan Thirdforce HQ turun bergotong-royong mengosongkan barang di bilik gerakan berhampiran bypass Sri Aman.

Bilik gerakan ini dahulunya dijadikan tempat mengumpul barang-barang sumbangan orang ramai sebelum diedarkan kepada asnaf-asnaf.

Tetapi kini Abangraja dalam perancangan untuk menjadikan bilik gerakan Thirdforce ini sebagai satu pusat tuisyen dan juga tempat mengaji Al-Quran kanak-kanak dan golongan dewasa percuma untuk asnaf dan anak-anak.

Bagi mereka yang berminat di sekitar Pasir Puteh boleh menghantar ke pusat kami bila ianya di lancarkan nanti. Abangraja yang sudah 18 tahun berceramah ke seluruh Malaysia sentiasa meletakkan pendidikan anak-anak orang miskin ini sebagai agenda utama thirdforce.

Jonmmm sertai kami.
Kita jadi orang baik-baik

Afifudin
Thirdforce Hq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *