Alhamdulillah semalam Ayah Ngah telah ke ladang tenakan lembu untuk “booking” lembu bagi tujuan kita adakan buat kali ke-3 Korban / Aqiqah Perdana Thirdforce 2017 yang mensasarkan kawasan pedalaman di mana ramai asnaf berada sebagai keutamaan.
Kepada yang mahu menyertainya insyaAllah kita akan lancarkan sedikit masa lagi setelah semua persediaan dilakukan. Kita mesti benar-benar bersedia dengan perlantikan wakil kita di pedalaman, bayaran upah sembelih, pengurusan yang sistematik, logistik dan sebagainya dulu sebelum boleh di war-warkan kepada orang awam untuk menyertainya.
Sesungguhnya amanah itu adalah tiket …
Samada syurga atau neraka. Jadi kena buat betul-betul.
Semoga Allah permudahkan.