home Medical Janji Di Tepati : Penantian 17 Tahun Kerusi Roda

Janji Di Tepati : Penantian 17 Tahun Kerusi Roda

TUMPAT- Hari ni kita tunaikan janji untuk sampaikan sebuah kerusi roda kepada abang Che Soh di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat yang sudah terlantar 17 tahun akibat kemalangan jatuh pokok ketika memanjat mencari madu lebah untuk sesuap nasi satu masa dulu.

Kunjungan kami pada kali pertama beberapa hari lepas merungkai perbualan tentang pertanyaan kami padanya ada kerusi roda tak? Beliau menjawab tak mengapalah kerana pihak hospital sedang usahakan. Beliau menolak lembut cadangan kami untuk memberikannya kerusi roda dengan alasan sedang di usahakan oleh pihak hospital dan beliau telah memohonnya.

17 tahun terlantar menunggu kerusi roda, permohonan kerusi roda apakah itu??!! Subhanallah, di dalam sebuah bilik di rumah serba kekurangan abang Che Soh di temani ibu yang sudah uzur. abang Che Soh lumpuh bahagian bawah badan dan selama 17 tahun keseorangan terlantar.

Melihat kepada ibu tua yang menemaninya dengan tabah hati jadi sebak. begitu tinggi kasih si ibu dan begitu tinggi kesabaran abang Che Soh yang langsung tidak mengeluh malah berkali-kali memberikan kami nasihat tentang redha, tentang tiada makna sunyi bila Allah ada bersama biarpun terlantar berbelas tahun.

Kalianlah keluarga besar thirdforce yang jadikan usaha kemanusiaan ini satu kenyataan. sumbangan kalian sikit seorang samada tenaga, kepakaran, nasihat dan wang ringgit menjadikan usaha kemanusiaan ini dapat kita sama-sama dukung dan perjuangkan.

Ada ramai lagi seperti abang Che Soh di luar sana. Bersama kita beli saham akhirat masing-masing. Kita bantu dengan cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi. bila kita ada ambulans kita sendiri nanti insyaAllah orang miskin seperti ini tidak perlu lagi membatalkan temu janji untuk rawatan dan fisioterapi.

Ampunilah kami ya Allah kerana lalai menyempurnakan hak saudara kami yang memerlukan pertolongan, Ampunilah kami ya Allah ..

JOMMM BERSAMA SAYA KITA JADI ORANG BAIK-BAIK.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *