home Latest News Pusat Latihan Sukarelawan Thirdforce

Pusat Latihan Sukarelawan Thirdforce

18 Julai, Pasir Puteh-Hari ini, sukarelawan Thirdforce memulakan kerja-kerja menyusun atur kerusi dan meja di bilik gerakan untuk dijadikan sebagai pusat latihan.

Alhamdulillah, perancangan untuk menjadikan tempat ini sebagai pusat latihan, tuisyen dan tempat belajar al-quran semakin menjadi kenyataan. Pusat latihan ditingkat bawah ini akan menjadi tempat yang penting untuk semua diimana, semua latihan dan kursus untuk sukarelawan seperti semua seminar atau kursus penulisan, fotografi, komunikasi berkesan serta yang lain-lain akan diadakan di sini.

Abangraja selaku pengasas thirdforce sentiasa menitik beratkan perlunya sukarelawan thirdforce di isi dalaman diri mereka dengan ilmu. Katanya hanya dengan ilmulah sukarelawan thirdforce boleh membawa diri mereka di mana sahaja mereka berada. Abangraja bercadang untuk mengadakan siri seminar, kursus dan sebagainya untuk sukarelawan thirdforce seluruh Malaysia di sini dlm usaha beliau mngangkat martabat ilmu serta kemahiran dikalangan sukarelawan.

Untuk dapatkan perkembangan seterusnya mengenai kursus-kursus yang akan diadakan, disarankan untuk terus follow up facebook Abangraja.

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *