home Latest News Pelancaran Thirdforce JDT

Pelancaran Thirdforce JDT

20 Julai, Kota Tinggi – Alhamdulillah setelah sekian lama permintaan untuk melancarkan 3rd Force JDT telah menjadi kenyataan. Pelancaran tersebut telah berlangsung di SMK Semenchu.

Kita bersyukur kerana gelombang orang baik-baik ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia samada dari sektor kerajaan atau swasta. Kita telah dilihat sebagai bantuan ketiga seiring dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kita tidak perlu majlis-majlis rasmi untuk mngumumkan pelancaran 3rd Force kawasan atau negeri, kerana menurut pendapat abangraja sendiri, kita hanya mahu memberitahu dan mengumumkan kewujudan 3rd Force kawasan supaya memudahkan pergerakan bantuan selepas ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada warga 3rd Force JDT yang sudi menerima kunjungan kami dari hq dan menyambut baik gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini ke tempat anda.

Kredit kepada team JDT, Abang Elias, Abang Jalal & Kak zura, Pn. Yusnita dan Kak Salbiah yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan majlis dan program pada hari ini.

Semoga segala usaha kecil kita ini akan mendapat ehsan dari Allah swt dalam usaha kita mencari saham akhirat dan keredhaanNya. Jomm kita lancarkan gelombang 3rd Force ini di tempat anda pula.

Kita jadikan negara kita lebih baik dan di penuhi dengan orang baik-baik dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Insya Allahh..

Laporan dari Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Kota Tinggi, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *