home Medical Sumbangan kerusi roda

Sumbangan kerusi roda

23 Julai, Kota Bharu- Hari ini kita telah menerima sumbangan kerusi roda dari saudari Awatif yang berasal dari Kg. Bunut Payung.

Katanya, kerusi roda ini dibeli untuk arwah atuknya pada awal tahun lepas tetapi tidak sempat digunakan. Oleh itu, keluarganya bercadang untuk menginfakkannya kepada kita.

Insha’Allah, kita akan sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada saudari Awatif dan keluarga kerana peka terhadap golongan yang memerlukan diluar sana.

Kita juga sedia menerima apa jua sumbangan orang ramai untuk disalurkan terus kepada asnaf-asnaf dan golongan yang memerlukan.

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *