home Religion Aku Lebih Mengenal Diriku

Aku Lebih Mengenal Diriku

24 Julai, Pasir puteh- Seperti biasa, sukarelawan Thirdforce HQ menunaikan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. Abang raja pula, awal pagi lagi telah keluar ke klinik kerana kurang sihat.

Iskandar sempat berkongsi kisah khalifah Yazid ibnul Muhallab bersama anaknya Muawiyah yang dalam perjalanan dan singgah di sebuah rumah seorang wanita badui di desa terpencil. Melihat kedua tetamu yang datang, wanita itu kemudiannya menyembelih seekor kambing untuk dihidangkan. Sesudah makan, khalifah Yazid bertanya kepada anaknya berapa wang yang dibawa. “100 dinar”, jawab Muawiyah. Lalu, khalifah Yazid meminta Muawiyah untuk berikan semuanya kepada wanita badui itu.

Mendengar perintah ayahnya, Muawiyah menjadi bingung kerana 100 dinar itu sangat banyak jika dibandingkan dengan seekor kambing yang disembelih. Kata Muawiyah, sedikit wang sudah mencukupi kerana wanita itu ialah seorang fakir miskin dan juga tidak mengenali kedudukan ayahnya.

“Anakku, jika dia rela menerima yang sedikit, maka aku lebih rela memberi yang banyak. Kalau dia tidak mengenali diriku, maka aku lebih mengetahui siapa diriku sendiri”, jawab Ayahnya. Mendengar jawapan itu, Muawiyah hanya terdiam dan mengikut perintah ayahnya untuk diberikan semua wang tersebut kepada wanita badui itu.

Pengajaran yang ingin disampaikan disini ialah betapa pentingnya adab dalam memuliakan tetamu dan anak yang taat kepada ibubapa pada zaman itu.

Laporan Affifuddin
Sukarelawan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *