home Construction Update pembinaan Villa Syurga Ayah

Update pembinaan Villa Syurga Ayah

Update pembinaan “Villa Syurga Ayah” abg din.

Tarikh: 24Julai 2017, Lokasi: Kg Bunut Sarang Burung Tumpat.

Alhamdulillah, pembinaan rumah abg din sekeluarga berjalan lancar. Sehingga pagi ini tiang2 sudah siap didirikan dan konkrit kasar lantai sudah selesai.

Proses mengikat bata juga sudah bermula.

Pembinaan “Villa Syurga Ayah” ini adalah hasrat kita semua untuk merealisasikan impian seorang ayah yg tidak berdaya untuk meninggalkan sekurang2nya sebuah rumah kecil utk ke 4 empat orang anaknya sebelum beliau dijemput illahi. Anak bongsu nya berumur 3 tahun juga telah melalui 2 kali pembedahan akibat mempunyai usus pendek. Mungkin beliau dah terasa umurnya mungkin tak panjang. Wallahualam.

Abg din seorang ayah yg mengalami pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung.

Beliau telah dinasihatkn oleh doktor supaya tidak melakukan kerja2 berat akibat dari penyakit yang dihidapi dan terpaksa sentiasa membuat rawatan.

Atas semangat dan keterujaan beliau dan anak2 untuk duduk di rumah baru, abg din setiap hari bermandi peluh membantu ketua tukang supaya cepat siap, tanpa menghiraukn masalah kesihatan.
Sesekali kelihatan abg din termengah2 keletihan.

Kami juga ingin sampaikan salam dari Abg din untuk abg Raja dan kalian yang ikhlas membantu. Terima kasih sangat2 katanya.

Kita juga sama2 doakan agar impian abg din sekeluarga akan menjadi kenyataan.

Wallahualam.

“Jomm jadi orang baik2”

“Together We Are Stronger”

Diselia oleh:
Hasmizul Hisham
3rd Force Aura D’Raja
Wakaf Bharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *