home Latest News Himpunan Sukarelawan Negeri Sembilan

Himpunan Sukarelawan Negeri Sembilan

26 Julai – Seremban | Alhamdulillah malam tadi berlangsungnya perhimpunan sukarelawan thirdforce Negeri Sembilan bertempat di SM Sains Tuanku Munawir. Abangraja yang tiba dari Kelantan di jemput oleh sukarelawan thirdforce di klia dan terus ke loaksi sejurus selesai beberapa urusan.

Program di mulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SM Sains Tuanku Munawir yang turut menyentuh tentang kerjasama antara sektor pendidikan dan NGO dalam bersama sama membantu para pelajar terutama bagi mereka dari golongan yg kurang berkemampuan.

Seramai 80 oramg asnaf berjaya di kumpulkan pada malam tadi bersama 50 pelajar-pelajar SM Sains yg terpilih memerima sumbangan. Kehadiran sukarelawan thirdforce dan asnaf dari segenap pelusuk negeri sangat memberi makna kepada perjuangan thirdforce Negeri Sembilan mendukung aspirasi untuk bersama melebarkan gelombang mengajak orang ramai jom jadi orang baik baik.

Abangraja yg di jemput menyampaikan ceramah dan suntikan semangat kepada asnaf menekankan betapa perlunya kita berusaha menjadi orang baik baik. Beberapa tips dan pesanan kepada sukarelawan juga di kongsikan agar gerak kerja thirdforce sentiasa seiring dan berada di landasan yg betul.

Biarpun masih belum sihat sepenuhnya kehadiran abangraja dan sentuhan inspirasi beliau menjadikan program malam tadi sangat bermakna. Salah seorang asnaf yg di selia oleh thirdforce Negeri Sembilan iaitu en Azmi di anugerahkan asnaf contoh kerana berjaya keluar dari kepompong kemiskinan setelah setahun di bimbing oleh sukarelawan tf Negeri Sembilan.

Tahniah Cikgu Haizul pengerusi tf Negeri Sembilan bersama semua jentera penggerak yg sentiasa komited memberikan yg terbaik utk gelombang ini sentiasa segar dan berkembang. Mereka adalah insan biasa yg bergerak tanpa peruntukan dan dana melainkan sumbangan dari kalian semua … namun kesatuan hati2 mereka menjadikan keluarga besar ini sangat hebat dalam membantu mereka yg memerlukan.

Terima kash juga tak terhingga kepada Pengetua SM Sains Tuanku Munawir kerana menyokong kerja2 kemanusiaan kita terutama membenarkan kita menggunakan dewan dan kemudahan sekolah.

Program selesai jam 11 malam tadi.

Abangraja dijangka bertolak ke klia utk kembali ke kota bharu awal pagi seawal jam 6 pagi ni utk beberpa lagi urusan penting program bantuan asnaf di sana.

Doakan beliau sentiasa di lindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan berpanjangan utk menerajui gelombang membina negara dengan kasih sayang dan nilai kemanusiaan yg tinggi ini.

Saya hariri
Sukarelawan thirdforce
Nilai negeri sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *