home Medical Ziarah Fariq Di Tanah Merah

Ziarah Fariq Di Tanah Merah

26 julai 2017- Alhamdulillah hari ini saya dan Julah telah menziarahi sahabat seperjuangan kami Fariq. Keadaannya begitu ceria sedikit dan kesihatannya mulai beransur pulih. Cuma proses penyembuhan tulang paha kiri dan kanannya mungkin mengambil masa dalam 2-3 bulan lagi, in sha Allah sekiranya semangat fariq untuk mahu sembuh itu kuat dan di iringi doa daripda kita semua tidak mustahil boleh mempercepatkan lagi proses penyembuhan beliau.

Fariq meluahkan perasaanya kepada kami yang bahawa beliau amat rindu dan tak sabar untuk kembali bersama dalam melakukan kerja-kerja kesukarewanan dan kemanusian.

Hari ini Abang Raja bercadang supaya kami bawa sekali komputer Fariq yang ada di pejabat ke rumahnya dan beli meja baru sekali yang lebih tinggi dan lebar bagi memudahkan fariq menggunakan komputer dengan bantuan kerusi roda.

Fariq bersemangat untuk kembali semula bagi mencurahkan sumbangan tenaga serta baktinya dalam Thirdforce dan membantu Abang Raja dalam kerja-kerja kemanusian khususnya yang berkaitan dengan kerja-kerja designer selepas siap sepenuhnya biliknya yang baru. Untuk update terkini proses pembinaan bilik Fariq telah masuk kerja-kerja pelantaian, pendawaian dan mencat. In sha Allah di jangka dalam 3 hingga 4 hari lagi akan siap.

Alhamdulillah hari ini Mak fariq ajak kami makan tengahari bersama di rumahnya . Saya dan Julah meraikan pelawaan mak Fariq kerana kami semua dah seperti satu keluarga yang besar dan macam adik beradik.
Sedap betul masakan Mak Fariq … marbelessss.

Jom kita doakan semoga urusan Fariq dan keluarganya di permudahkan segalanya oleh Allah SWT.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK..

Laporan Junaidi
Thirdforce HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *