home Religion Kebiasaan Berbuat Dusta

Kebiasaan Berbuat Dusta

Sabtu | 29 Julai 2017 – Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi pagi ini Sukarelawan sempat solat sunat dhuha berjemaah yang diimamkan oleh Abangraja sendiri. Seperti biasa selepas Solat Dhuha, Abangraja membaca hadis untuk difahami dan diambil pengajaran dari hadis tersebut.

Beberapa Hadis yang dikongsi hari ini antaranya adalah hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim.

Seseorang dikatakan pendusta apabila dia mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan kenyataan yang diketahui. Orang yang berdusta sentiasa akan mendapatkan murka dan laknat Allah S.W.T.

“Kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah, dan kita minta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. ” (Ali Imran: 61)

Dusta menjadi ciri keperibadian seseorang munafik sehingga harus dihindari oleh setiap muslim. Rasulullah telah menegaskan : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga : Apabila bicara berdusta, apabila berjanji diingkari, dan apabila dipercayai berkhianat. “(HR. Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah)

Suatu ketika Rasulullah bermimpi bertemu seorang lelaki yang sedang tidur, dan seorang lelaki lain berdiri di sampingnya sambil membawa kalung besi penuh duri yang kemudian dikalungkan ke leher orang yang sedang tidur. Lelaki itu kemudian pergi menghampiri orang lain yang sedang tidur pula, lantas mengalungkan kalung berduri le atas lehernya. Demikian dia lakukan secara bergantian hingga hari kiamat tiba. Lantas Rasulullah bertanya kepadanya : “siapakah mereka? “Jawabnya: “Mereka adalah orang yang setiap hari menebarkan kebohongan. ” (HR. Bukhari dari Samurah bin jundub).

Perihal bahaya bersumpah bohong, Rasulullah telah menegaskan pula: “Tiga golongan manusia pada hari kiamat nanti Allah tidak akan mengajak bicara dan tidak mengasihinya, serta baginya seksa yang menyakitkan: orang yang mempunyai kelebihan rezeki tetapi tidak peduli terhadap ibnu sabil(orang yang memerlukan dana untuk menegakkan agama Allah).

Seorang muslim hendaklah berhati-hati dalam berbicara. Dan sekiranya mendatangkan kemaslahatan, maka berbicara. Dan sekiranya mendatangkan kemudaratan, maka lebih naik berdiam diri. Bukankah Rasulullah telah menegaskan: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berbicara yang baik, atau berdiam diri. “(HR. Bukhari dari Abi Hurairah)

Berdiam diri lebih selamat daripada berbicara yang mendatangkan petaka. Bukankah. Keselamatan adalah sesuatu yang teramat sangat mahal nilainya?

Pengajaran yang diperolehi daripada hadis ini ialah kita sepatutnya sentiasa bercakap benar dalam apapun situasi dan jangan membiasakan diri berdusta dan berbohong kerana ianya hanya memakan diri kita sendiri

Semoga hadis yang dikongsi pada hari ini ini dapat diambil pengajaran dan diaplikasikan dalam hidup kita seharian, untuk membaiki diri kita supaya menjadi hamba patuh dan taat kepada suruhan dan larangan Allah s.w.t.

Laporan disediakan oleh
Raja Farid iskandar
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.