home Technology Kerjasama Antara Thirdforce Dan Nextgen Akademik

Kerjasama Antara Thirdforce Dan Nextgen Akademik

29 Julai 2017 (Shah Alam) – Hari ni bertempat di NextGen Makers Academy, satu pertemuan telah diadakan antara wakil Thirdforce dan pemiliknya, En.Zharfan tentang kerjasama antara Thirdforce dan NextGen untuk membuka sebuah lagi akademi yang sama di Pasir Puteh.

Akademi tersebut akan dibuka untuk orang awam dan anak-anak asnaf di pendalaman yang bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada teknologi terkini dalam bidang robotik dan rekacipta sesuai dengan perkembangan teknologi terkini di seluruh dunia.

Mereka akan belajar melalui aktiviti merekacipta, membina dan mengendalikan robot seperti seperti robot car, robot auto dan smart container.

Anak-anak asnaf sememangnya tidak mampu untuk mengikuti mana-mana kelas ataupun kursus yang diadakan dimana-mana sahaja di seluruh negara. Kesannya, akan wujud jurang yang tinggi dalam perkembangan pengetahuan dengan golongan yang berkemampuan.

Abangraja sebagai pengasas Thirdforce sentiasa berusaha untuk membantu asnaf-asnaf untuk memajukan diri mereka dan keluarga dan tidak mahu mereka ketinggalan disebabkan kesusahan yang mereka alami.

Semoga usaha ini dapat membantu mendedahkan golongan marhaen kepada teknologi semasa dan merapatkan jurang yang wujud.

Sumbangan berterusan, sokongan dan perkongsian kepakaran serta ilmu dari keluarga besar Thirdforce di luar sana kepada abangraja dan Thirdforce bakal menjadikan usaha merebut saham akhirat ini satu realiti.

Puan Wani
Sukarelawan thirdforce
Shah Alam SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.