home Religion Catatan Dhuha Kisah Abu Sofyan Melihat Malaikat Sebagai Tentera Allah

Catatan Dhuha Kisah Abu Sofyan Melihat Malaikat Sebagai Tentera Allah

KISAH ABU SOFYAN MELIHAT MALAIKAT SEBAGAI TENTERA ALLAH : HIDAYAH MILIK ALLAH

31 Julai-Hari ini, sesudah dhuha Abangraja berkongsi kisah Abu Sofyan Bin Al Harits yg hidup dalam kesesatan hampir 20 tahun semenjak nabi Muhammad saw diutuskan sehingga dekat hari pembebasan kota Makkah. Dia selalu ke medan perang yang dilancarkan kepada islam dan menggubah syair-syair untuk memburukkan dan menjatuhkan rasulullah.

Abu sofyan juga mempunyai 3 orang saudara iaitu Naufal, Rabi’ah dan Abdullah yang terlebih dahulu memeluk islam. Dia juga adalah saudara susuan Rasulullah kerana pernah disusukan oleh Halimatus Sa’diah ibu susu Rasulullah.

Pada suatu hari, dia mengajak Ja’far puteranya untuk menemui Rasulullah dengan hati yang insaf dan sedar.

Ketika sampai di Abwa, dilihatnya barisan tentera islam yang menuju ke kota Makkah. Dia mulai risau kerana sebelum ini dia sangat memusuhi islam. Dia kemudian mendapat akal lalu menyamar, menutup muka untuk menyembunyikan identiti bersama anaknya lalu mencari Rasulullah.

Sejurus melihat Rasulullah, beliau terus keluar dari barisan dan berjumpa Rasulullah. Tapi Rasulullah terus berpaling ke arah lain sehinggalah Abu Sofyan mengucap dua kalimah syahadah. “Tak ada dendam dan tidak ada penyesalan wahai Rasulullah” katanya lagi. Tak ada dendam dan tidak ada penyesalan wahai Abu Sofyan jawab Rasulullah.

Rasulullah kemudian menyerahkan Abu sofyan dan Ja’far kepada Ali bin Abi Talib dan dibawa pergi untuk diajarkan cara berwuduk dan sunnah. Diminta oleh Rasulullah untuk umumkan redanya terhadap Abu sofyan kepada orang islam yang lain.

Sejak itu, beliau memeluk islam dan kini terbuka luas pintu rahmat yang tidak terbatas. Abu Sofyan hampir sahaja memeluk islam sewaktu perang badar dahulu. Ketika itu, Abu Lahab tidak mengikuti perang itu yang mengundang kekalahan pahit kepada pihak kafir Quraisy.

Pada suatu hari, Abu sofyan menghampiri abu Lahab yang berada di perigi zamzam bersama beberapa orang Quraisy. Dengan tidak sabar, Abu Lahab meminta Abu Sofyan untuk menceritakan berita baik khabar disana.

Jawab Abu sofyan, tiada berita gembira. Beliau menyerahkan diri kepada satu kaum. Demi Tuhan kami berhadapan dengan orang-orang berpakaian serba putih (Malaikat) bersama kuda hitam belang putih yang menyerbu seakan datang dari langit dan bumi tidak terhalang oleh apapun.

Walaupun menyaksikan keadaan itu, keraguan itulah yang menghalang keyakinan. Sekarang keyakinan itu telah menjadi kukuh dan kuat saat mendapat petunjuk dan keyakinan itu telah tiba. Dia mula memeluk islam dan menyerahkan diri kepada Allah Rabbul’ alamin.

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *