home Columns SOLAT HAJAT DI RUMAH MAK

SOLAT HAJAT DI RUMAH MAK

Alhamdulillah pagi ni kita ramai-ramai berkumpul rumah Mak untuk solat dhuha dan solat hajat sama-sama bagi memohon keredhaan Allah sempena birthday Mak. Biasanya kita buat di surau dekat rumah saya tapi hari ini kita buat dekat rumah mak.

Terima kasih adik-adik sukarelawan yang bantu buat majlis yang sederhana untuk Mak. Ada yg tolong tempah kek, ada yang tolong sediakan sejadah dan kitab fiqh sirah ada yang beli nasik untuk sarapan sama-sama dan sebagainya.

Hadirnya kami kerumah Mak seawal pagi beramai-ramai, solat hajat ini beramai-ramai, bacaan kitab Sirah, dan sedikit jamuan nasi bungkus makan sama-sama serta hadiah sejadah lembut ini untuk Mak adalah tanda sayang kami yang tersangat dalam untuk Mak dan hadiah harijadi istimewa dari kami semua untuk Mak.

Doakanlah kami ya Mak. Saya tahu mak baca posting saya. Saya dan seluruh sukarelawan thirdforce serta keluarga besar thirdforce di seluruh negara mendoakan Mak agar sentiasa diberikan kesihatan dan kegembiraan berpanjangan untuk terus memberi kami inspirasi, tunjuk ajar, nasihat dan teguran.

Tak terluah dengan perasaan rasa sayang pada mak.
Kami semua sayang sangat pada Mak.

Semoga Allah jadikan kami semua anak-anak yang soleh dan solehah untuk terus gembirakan mak dan ibubapa kami semua.

Izinkan kami untuk ke syurga bersamamu …
Redhai usaha kemanusiaan kami ini.

Happy Birthday Mak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *