home Latest News Agihan Beras Fidyah Untuk Asnaf

Agihan Beras Fidyah Untuk Asnaf

Petang tadi sukarelawan thirdforce ke Taman Perumahan Thirdforce di Batu Balai Kuala Krai untuk mengagihkan beras fidyah sumbangan kalian semua. Thirdforce membantu mengagihkan beras-beras fidyah ini setiap bulan ke seluruh negara kepada fakir miskin yang diseliakan oleh kita sekadar yang termampu.

Thirdforce sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari kalian semua keluarga besar thirdforce dalam apa saja bentuk bantuan yang dirasakan diperlukan oleh asnaf.

Ada yang infak kenderaan seperti lori kepada kita utk memudahkan kita angkut barang bantuan dan binaan ke pedalaman. Ada yang infakkan kenderaan 4×4 utk sukarelawan bergerak. Ada yang infak kenderaan jentera berat jentolak Case untuk sukarelawan guna dalam kerja pembinaan, gali lubang, kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

Ada yang bagi walkie talkie.
Ada yang bagi lampu solar.
Ada yang bagi toolbox.
Ada yang bagi duit.
Ada yang bagi t-shirt
Ada yang bagi vest
Ada yang bagi safety boot.
Ada yang bagi bot dan enjin
Ada yang bagi power bank
Ada yang bagi kamera digital DSLR
Ada yang bagi tripod

Dan macam-macam lagi  dan Semuanya lillahi taala. Bantulah, Kerana sesugguhnya itulah bantuan yang bakal membantu kita sendiri bila kita memerlukan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.