home Religion BERSAMA SAHABAT KAUM INDIA DAN CINA: KASIH SAYANG PELBAGAI BANGSA

BERSAMA SAHABAT KAUM INDIA DAN CINA: KASIH SAYANG PELBAGAI BANGSA

Sabtu, 5 Ogos 2017 merupakan satu hari yang sibuk untuk 3 sukarelawan Third Force Perak. Kami melawat 19 rumah keluarga India miskin dan kurang bernasib baik yang disyorkan kepada kami oleh Pejabat Kebajikan Manjung, Pusat Perkhidmatan Komuniti dan kawan-kawan.

Selepas pemerhatian dan temuduga, kami bersetuju pada 17hb untuk menerima pek Projek MADE Deepavali. Untuk makluman, Third Force Perak bersama Kolej Vokasional Seri Manjung akan berkolaborasi dengan Projek MADE untuk Projek Deepavali yang dijadualkan pada 14 Oktober 2017.

Projek MADE (NGO) akan menyediakan 70 Pek Makanan dan Pek Pakaian untuk keluarga India miskin dan kurang bernasib baik di Manjung sempena perayaan Hari Deepavali 2017.

Untuk hari ini, sebelas daripada tujuh belas rumahtangga yang dipilih tinggal di estet Sungai Wangi. Pendapatan sebulan mereka adalah kira-kira RM700 selepas ditolak bil air, bil letrik, PERKESO dan KWSP. Mereka semua tinggal di kuarters estet Sungai Wangi..

Terdapat juga seorang wanita berumur 72 tahun yang tidak mempunyai saudara mara yang dijaga oleh jirannya. Salah seorang pekerja estet mempunyai anak lelaki berusia 23 tahun yang kurang upaya. Seorang lagi anaknya meninggal dunia akibat penyakit. Jirannya mempunyai anak lelaki yang berpenyakit mental. Dia adalah seorang ibu tunggal dengan dua orang anak lelaki.. Suami seorang wanita lain menjadi kurang upaya akibat serangan strok..

Beberapa pekerja warga tua mempunyai anak dewasa yang telah berkahwin dan bekerja tetapi anak-anak ini juga terlalu miskin untuk menyara hidup ibu bapa mereka kerana keadaan ekonomi mereka pun sama sebab bekerja sebagai buruh.

6 keluarga yang lain dipilih dari kawasan Sitiawan dan Lumut. Keadaan ekonomi untuk beberapa keluarga sebelum ini memang baik tetapi nasib berubah akibat penyakit, pemberhentian atau kemalangan. Itulah sebabnya rumah mereka kelihatan baik ketika kami melawat. Mereka juga memiliki kereta (model lama).

Ketidakupayaan mereka untuk bekerja kerana keadaan semasa telah membebankan mereka dengan bil dan hutang yang tidak dibayar. Dua daripada rumah yang dilawati telah dipotong bekalan air dan mereka berhutang beberapa ratus ringgit untuk bil elektrik rumah.

Teacher Cheah Li Na
Thirdforce Perak.

Sebelum ini ketua keluarga ini mendapat kontrak welding tetapi selepas kemalangan jalanraya pada tahun lepas, beiau susah untuk mendapat kerja kerja. Lelaki ini dan isterinya mempunyai 10 orang anak; yang sulung 17 tahun dan yang bongsu 6 bulan.

Pada minggu-minggu yang akan datang, sukarelawan Third Force Perak akan berusaha lagi untuk mendapatkan keluarga-keluarga India di Manjung yang layak untuk Projek Deepavali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *