home Latest News PELANCARAN THIRDFORCE LABUAN

PELANCARAN THIRDFORCE LABUAN

PELANCARAN THIRDFORCE LABUAN – BERKUMPULNYA ORANG BAIK2 DI PULAU PENUH BARAKAH

6 Ogos 2017- Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita telah berjaya membawa satu misi Thirdforce yang lebih di kenali sebagai gelombang Jom jadi orang baik-baik ke Labuan. Satu mesej yang mencakupi semua perbuatan kebaikan bagi mengajak masyarakat di Pulau Labuan ini untuk membudayakan amalan tolong-menolong, saling membantu antara satu sama lain khususnya kepada mereka yang memerlukan yang perlu sama-sama kita santuni.

Hari ini kita di pertemukan dengan orang baik-baik yang ada Labuan ini yang menjunjung aspirasi dan semangat thirdforce sejak sekian lama.

Bermula seawal jam 7.30 team thirdforce Labuan membawa kami pergi bersarapan dahulu. Selapas itu Jam 9.30 rombongan kami yang diketuai Abang Raja di bawah ke Balai Raya Batu Manikar untuk atur cara majlis pelancaran Thirdforce Labuan. Seramai 20 asnaf juga di jemput untuk di berikan bantuan.

Kami sungguh berbesar hati dengan kehadiran ketua kampung Batu Manikar iaitu Tuan Ismail Bin Samad dan tuan imam Ustaz Matjali Bin Mursam kerana turun bersama bagi memeriahkan lagi majlis beserta adik-adik sukarelawan yang terdiri para pelajar sekolah.

Ini menunjukkan tanda sokongan dan kebersamaan mereka bersama Thirdforce sehingga Tuan Ismail iaitu Tok Ketua bersetuju untuk mengizinkan Thirdforce Labuan menggunakan balai raya tersebut bagi kegunaan untuk majlis pelancaran hari ni.

Turut hadir sama abang bikers dan isteri encik faizal dan kak Zai yang datang dari Brunei Darul Salam semata-mata untuk mengenali lebih lagi apa itu Thirdforce dan memberi sokongan dan menyatakan kebersamaan. Pada masa yang sama juga mereka teringin sekali bersua muka dengan Abang Raja sendiri.

In Sha Allah untuk pelancaran Thirdforce Brunei kami akan cuba usahakan sekiranya di izinkaNya.

Setelah selesainya majlis pelancaran tersebut team Labuan telah membawa kami pergi menyantuni satu keluarga asnaf dan satu lagi keluarga yang di uji kehilangan anak setelah hilang lemas ketika mandi di laut. Tujuan kami ialah untuk memberi sokongan moral supaya redha dan sabar dengan apa yang menimpa mereka.

Selepas itu kami di bawah melawat beberapa tempat menarik yang ada di Pulau Labuan ini. Kerana kami belum pernah sampai lagi di sini. Bandar Labuan memang bersih dengan suasananya yang tidak begitu sibuk.

Kami di pihak Team HQ mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Thirdforce Labuan di atas layanan baik sepanjang keberadaan kami di sini yang di ketuai Tuan Rezal Bin Abdullah dan bersama team sukarelawan :

Rizuana Bte Mohd Rezal
Sunarseh Bte Mohd Suyutoh
Hjh Rokayah Bte Salleh
Sofiah Bte Haji Ahmad Yusof
AG. Mohd Nazir Bin Salim
Saiful Adli Alias
Imelda Atiqah Untol
Nurul Saidatul Huda Bte Hj Purnama Saeed
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih buat Team Thirdforce Tawau @ PERKALAS.

Semoga perjuangan kita semua ini didalam usaha mengajak masyarakat Malaysia supaya jadi orang yang baik-baik di redhai dan di berkati Allah SWT. Terima kasih kepada semua keluarga besar Thirdforce kerana terus menyokong perjuangan ini.

Salam kasih sayang dari kami Thirdforce HQ kelantan dan jumpa lagi di masa akan datang nanti. Esok kami akan berangkat pulang seawal jam 6.00 pagi flight dari Airport Labuan transit ke KLIA untuk ke Airport Kota Bharu. Doakan kami ya supaya selamat sampai ke Pasir Puteh, Kelantan.

JOM KITA JADI ORANG YANG BAIK-BAIK…

Tahniah buat Thirdforce Labuan dan Thirdforce Sabah.

Jumpa di lain masa nanti in Sha Allah..

Laporan Junaidi
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *