home Construction Update Pembinaan “Villa Syurga Ayah” Tok Ngah Din

Update Pembinaan “Villa Syurga Ayah” Tok Ngah Din

08 Ogos, Tumpat – Update pembinaan Villa Syurga Tok Ngah, sehingga minggu ke 3 kerja pembinaan pembinaan berjalan lancar. Namun sejak 3 hari kebelakangan ini hujan sepanjang hari sedikit melambatkan kerja-kerja pembinaan.

Bagaimanapun kerja-kerja ikat bata bahagian dinding sudah hampir siap. Tukang-tukang kita yang diketuai oleh ustaz Heng, juga merupakan sukarelawan sepenuh masa 3rd Force bekerja keras untuk segera menyiapkn rumah impian Tok Ngahh Din ini.

Kita sangat terharu dengan sikap asnaf yg kita bantu ini yang juga turut membantu walaupun telah dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan kerja-kerja berat. Keadaan beliau yang bertongkat pinggang tetap juga ingin membantu sebagai tanda terima kasih dengan kurniaan Allah ini.

Beliau yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan masalah jantung berimpian untuk menyediakn sebuah tempat tinggal untuk anak2 dan isteri sebelum beliau dijemput ilahi.

Kes ini telah mendapat perhatian Abg Raja dan Abg Raja telah melancarkan dan mengajak kalian sama-sama membantu membina sebuah rumah kecil 3 bilik untuk beliau dan anak-anak.

Kita doakan semoga impian ayah yang tak berdaya ini menjadi kenyataan. Kepada para penyumbang semoga segala usaha kita yang sedikit ini akan menjadi asbab kita di hadapan Allah swt nanti.

Masih banyak yg diperlukan. Bantulah.
Sikit sorang sahaja.

Bayangkan pahala akhirat berpanjangan untuk kita melalui jariah seperti ini.
PM ke inbox facebook page ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

Insya Allahhh…

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan dari
Ayahngah sukarelawan
3rd Force Aura D’Raja
Wakaf Bharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *