home Latest News UPDATE BANTUAN PAKCIK RAJIS SEMPORNA SABAH : JOM DIDIK HATI

UPDATE BANTUAN PAKCIK RAJIS SEMPORNA SABAH : JOM DIDIK HATI

Tarikh : 9/8/2017

Lokasi : Kg Air Semporna, Sabah

Di rumah ini mereka tidur. Keluasan lebih kurang 3 meter X 4 meter. Dinding rumah dari zink buruk, kanvas papan lapis sisa-sisa buangan orang.

Namun Pakcik Rajis tidak pernah berputus asa. Dikerahkan sisa tenaganya untuk mencari rezeki menyambung nafas. Beliau akan berpusing di sepanjang jalan mengumpul plastik, tin minuman kosong dan besi untuk dijual. Hasil sebeginilah yang mereka gunakan selama bertahun-tahun.

Pakcik Rajis merupakan warganegara Malaysia. Walau syarat menolong sesama manusia tidak pernah bersyarat warganegara..

Sekarang Jom orang Semporna…. Jom orang Sabahan…. Jom orang Malaysia kita ambil saham akhirat masing-masing. Kita bantu pakcik Rajis dan keluarganya.

Jangan salahkan sesiapa kerana ianya tak merubah apa2. Ini peluang Allah bagi untuk kita membeli saham akhirat kita masing2.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

Nak datang sini untuk misi kemanusiaan atau sekadar mahu lihat2 saja pun boleh … Kami sambut kalian dan bantu ziarah kalian di sini … Hubungi kami ya …

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

We are the thirdforce
Together we are stronger!

Kahar Huseng
Thirdforce Sabah@PERKALAS
+601119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *