home Latest News UPDATE BANTUAN KEPADA PUAN SITTI HAILAN

UPDATE BANTUAN KEPADA PUAN SITTI HAILAN

PERKALAS@3rd FORCE SABAH

Tarikh: 11 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa: Jam 5.10 petang
Lokasi: Kg Jawa, Tawau, Sabah

” UPDATE BANTUAN KEPADA PUAN SITTI HAILAN”

Tahun 2017 masih wujud Rumah atau lebih tepat disebut “PONDOK” yang berdinding daripada papan labis (buangan) bersama kanvas terpakai. Tiada bekalan elektrik dan air bersih.

Di pondok ini lah Puan Sitti Hailan warganegara Malaysia bersama keluarganya bertahan hidup. Salah seorang anak Puan Sitti Hailan iaitu Sitti Hamisah merupakan salah seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di daerah ini berusaha untuk menempuhi kehidupan yang berat. Bagaimana hendak belajar dengan keadaan keluarganya yang sangat daif.

Saat ini anak Bongsu puan Puan Sitti
Hailan yang berusia beberapa bulan
juga terpaksa menerima kemiskinan keluarganya.

Terima kasih kepada semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force yang terlibat. Termasuk dua orang pelajar PHD daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyertai program kita hari ini.

Ingat jangan salahkan sesiapa. Tuhan tak minta kita saling salah menyalahkan tapi yang Tuhan minta kita saling bantu membantu terutama kepada fakir miskin di sekitar kita. Oleh itu jom sertai kami turun padang membantu Puan Sitti Hailan dan keluarganya.

Jom sebarkan gelombang kebaikan !!!

“jom jadi orang baik-baik”
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Hubungi saya Kahar Huseng
Thirdforce Sabah
PERKALAS@3rd FORCE SABAH
Hp: 011-19560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *