home Latest News SEBATANG KARA DI HUTAN SUNYI : PAK RAHIM YANG TABAH

SEBATANG KARA DI HUTAN SUNYI : PAK RAHIM YANG TABAH

Sabtu 26 Ogos 2017 (Kuala Krai) – Sukarelawan THIRDFORCE bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam telah ke rumah Pak Rahim yang dibina hasil sumbangan komuniti online untuk kerja gotong royong kemanusiaan membersih dan menebas halaman rumah beliau.

Seramai10 orang sukarelawan THIRDFORCE bersama 20 anggota APM Kuala Krai diketuai oleh Kapten Hanif Omar berada di lokasi seawal jam 7.00 pagi. Gotong royong kemanusiaan ini adalah bersempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba dan bertujuan mengujudkan sikap prihatin dikalangan masyarakat terhadap warga emas dan mereka yang memerlukan.

Lihatlah insan yang kerdil ini, kerjanya hanyalah menoreh getah yang begitu tabah walaupun tinggal sebatang-kara untuk mengharungi hari-hari mendatang seorang diri jauh dalam hutan.

Pak Rahim tidak dapat membersihkan kawasan rumahnya seorang diri kerana faktor usia dan kurang sihat. Kesukaran yang dihadapi oleh Pak Rahim bertambah rumit apabila mengalami sakit medu/angin. Beliau yang sering kali lelah dan batuk secara tiba-tiba memerlukan suasana persekitaran kehidupan yang bersih dan selesa. Pak Rahim kini terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk melegakan serangan sakit medu/angin yang dihidapinya.

Gotong royong tersebut berakhir sekitar jam tiga petang dengan memperlihatkan kehadiran dan penyertaan ramai sukarelawan sahabat THIRDFORCE dari merata tempat. Ada yang datang dari Terengganu memandu sendiri bersama anak kecil semata-mata untuk mendidik hati dengan kerendahan diri dan sifat syukur. Semoga segala usaha kita ini di berkati Allah jua hendaknya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *