home Medical “AKU NAK HIDUP CERIA DAN GEMBIRA SEPERTI DULU “. (SADDAM)

“AKU NAK HIDUP CERIA DAN GEMBIRA SEPERTI DULU “. (SADDAM)

27 Ogos- Itulah luahan semangat Saddam terhadap kami semasa dalam perjalanan membawanya ke HUSM, PERKESO, dan KWSP untuk menyelesaikan beberapa urusan. Beliau menyatakan syukur hari ini kerana dapat merasai keceriaan dalam hidupnya kerana dapat bersama-sama kami, dapat berkongsi cerita, berketawa bersama, dapat keluar ke bandar melihat suasana ragam masyarakat di mana selama ini kesepian menyelusuri hidupnya semenjak penyakit kanser saraf tulang yang menimpanya. Dah lama tidak berbual mesra dengan orang ramai. Alhamdulillah hari ini Allah mempertemukanya dengan kami.

Hari ini Thirdforce membantu menyediakan kenderaan untuk memudahkan beliau berurusan di beberapa tempat di Kota Bharu. Kami di temani bersama Abang Mokhtar (abang ipar) yang selama ini telah menjaga menguruskan segala keperluan Saddam.

Abang Mokhtar terpaksa ikut sekali bagi mewakili Saddam kerana kami tidak mahu menyusahkannya Saddam, beliau mengadu sakit semasa kami mengangkatnya masuk ke dalam kereta. Jadi kami biarkan dia berehat dalam kereta sahaja dan abang Mokhtar yang mewakili beliau untuk membantu menyelesaikan urusannya.

InsyaAllah bila kita ada ambulans sendiri nanti kerja logistic pesakit seperti ini akan jadi lebih mudah. Doakan ya …

Alhamdulillah hari ini Allah permudahkan semua urusan kami walaupun mengambil masa seharian tetapi hasil kerjasama dari pihak HUSM, KWSP dan PERKESO yang mengambil tindakan tanggungjawab yang lebih profesional telah mempercepatkan semua urusan.

Sehingga ada pegawai KWSP yang sanggup turun tingkat bawah untuk berjumpa dengan Saddam bagi mengambil cop jari dengan tujuan tidak mahu menyusahkan kami berikutan keadaan Saddam yang tidak mampu bergerak banyak.

Dan dari pihak PERKESO mereka menyumbangkan sedikit bantuan pampers bagi meringankan lagi beban Saddam dan keluarga Abang Mokhtar.

Kami pihak Thirdforce mewakili keluarga Saddam mengucapkan Tahniahdan jutaan terima kasih kepada Pihak pengurusan HUSM, KWSP dan PERKESO atas kerjasama yang di ambil.

Setelah urusan Saddam selesai kami dapat melihat dari air muka Saddam semasa dalam perjalanan menghantarnya balik ke rumah kami dapat merasakan yang Saddam ini bersemangat untuk ingin kembali hidup lebih gembira seperti dahulu. Semangat juang yang abangraja terapkan meresap kedalam diri beliau.

Abangraja bukan sahaja mengasaskan gerakan kemanusiaan ini terapi juga memberi inspirasi dan nafas baru kepada ramai orang miskin, oku dan juga kami para sukarelawan utk terus maju kedepan dan jadi orang baik-baik.

Saddam memberitahu kami bahawa beliau bersedia untuk masuk mana-mana institusi kemahiran. Kerana dia ingin berjaya, hidup berkeluarga seperti orang lain juga. Sekiranya ada keluarga besar thirdforce diluar sana yg tahu mana2 institusi kemahiran utk OKU berkerusi roda kongsi2 lah ya …

In Sha Allah Kita doakan semoga impian Saddam untuk kembali hidup seperti dulu di permudahkan oleh Allah SWT. Kami para sukarelawan Thirdforce sentiasa memberikannya semangat, dorongan serta doa. Saddam dah jadi seperti sahabat kami kerana umurnya sebaya ja dengan kami.

Terima kasih kepada semua keluarga besar Thirdforce, terima kasih Abang Raja ,para sukarelawan dan para penyumbang kerana terus memperjuangkan misi Thirdforce yang membela nasib mereka yang memerlukan..

teruskan bersama kami the thirdforce dalam menyebarkan gelombang mengajak masyarakat Malaysia untuk jadi orang yang baik-baik.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Saya Adi dan Ramadhan melaporkan
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *