home Medical AMBULANS PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

AMBULANS PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Semalam saya ada diskusi panjang bersama Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Kelantan) Doktor Zuhairie betapa hospital-hospital di negara kita sangat kekurangan perkhidmatan ambulance. Permohonan yang di buat kepada kerajaan pada tahun lepas berdasarkan keperluan seluruh negara adalah 5000 buah namun hanya 100 buah yang diluluskan.

Bayangkan betapa kroniknya situasi kekurangan ambulans ini. Saya terfikir bagaimama kita orang awam boleh membantu pesakit terutama asnaf dengan menyedikan perkhidmatan ambulans percuma untuk membawa pesakit dari rumah ke hospital mahupun dari hospital ke hospital / ke rumah.

Pengalaman saya sendiri sewaktu abah kena kancer, dulu 6 jam tunggu ambulance hospital untuk bawa abah balik rumah masa tu abah dah kronik hospital suruh balik.

Justeru Thirdforce merancang untuk menawarkan perkhidmatan ambulans percuma kepada rakyat Malaysia dengan sumbangan dan bantuan orang ramai kalian semua keluarga besar thirdforce.

Ianya PERCUMA. Terpulanglah pesakit / pengguna hendak bagi berapa kita terima sahaja. Tidak mahu bagipun tidak mengapa. PERCUMA!

Rupa-rupaya model kerja amal seperti ini telah ada orang buat di India dan UK.

Saya di beritahu ada NGO dan syarikat swasta yang juga memawarkan perkhidmatan ini di negara kita tetapi berbayar dengan kenderaan uzur yang rata-rata tak ada insurans. Kalau accident mati free je tak boleh claim apa-apa.

Tapi kita nak buat semua lengkap dengan insurans dan proper management. professional management and VIP services untuk asnaf dan rakyat malaysia.

Tak kisahlah.

Bagi saya, saya tak sampai hati tengok ada yang tak mampu nak bawa balik mayat sebab tak mampu nak bayar ambulance / van jenazah. Tak mampu nak pergi hospital / nak balik rumah / lambat transfer ke hospital lain yg lebih cukup kepakaran perubatan disebabkan tak cukup ambulance dan sebagainya.

Saya rasa usaha ini sangat viable dan perlu.

Kita mulakan dengan 2 ambulans dulu sebab kita tak ada dana. Kita solely depend pada sumbangan awam. Tapi saya sentiasa positif dan yakin … jika kita ikhlas untuk bantu orang susah Allah pasti permudahkan.

Kepada keluarga besar thirdforce jomm kita realisasikan usaha ini. Kita mulakan dengan 2 ambulance dulu. Lepas ni kita tambah. Kita berikan perkhidmatan ambulance percuma. Lepas ni insyaAllah paramedic, rehab, hemeodialisis dan perubatan … PERCUMA!

Kita cuba .. kita berusaha …
Orang negara lain boleh buat ..
Kita juga boleh insyaAllahhhhh …

PM ke inbox page ini untuk sama2 membantu ya. Saya tak boleh PM tuan2 sebab facebook ni fb page. Tuan2 kena message saya dulu. Kita tak boleh publish detail no akaun kerana kita dinasihati jgn buat begitu kerana ianya mendedahkannya kepada penjenayah siber.

Jommmm sama-sama kita ambil saham akhirat masing-masing ya. Kongsikan mesej ini sejauh mungkin.

We are the thirdforce
Together we are stronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *