home Medical KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA : ASNAF CHE SOH

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA : ASNAF CHE SOH

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA : ASNAF CHE SOH

*Kesah petang ini.*

Petang ni sempat melawat lokasi pembinaan rumah asnaf Tokngah Din di Kg Bunut Sarang Burung bersama team 3rd Force Aura Draja.

Sambil tu singgah sekejap di rumah saudara Che Soh yang lumpuh sejak 17 tahun yang lalu kerana terjatuh dari pokok ketika mencari madu.

Che Soh yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah terlantar di tempat tidur sejak 17 tahun lalu. Dia yang semenjak itu ditemani ibunya yang kini sudah terlalu uzur tidak mampu untuk berulang alik ke hospital mendapatkan rawaran lantaran dek kemiskinan.

Kita telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada beliau dua bulan yang lalu. Kami disambut dengan penuh mesra oleh ibu tua yang menjaganya. Che Soh pun nampak gembira dengan kehadiran kami. Di sini kami nak kongsikan mengenai keredhaan Che Soh dan ibu nya dengan apa yang mereka hadapi selama lebih 17 tahun.

Ibunya yang tua dan uzur masih mampu tersenyum dengan amanah berat yang di terima ini. Biarpun dia hanya layak menerima sedekah dan sumbangan dari kita. Namun sebaliknya si ibu tua ini beriya iya sangat untuk memberi duit raya kepada anak-anak kami. Mungkin di mata kita singgit atau 2 ringgit namun nilai kasih itu tidak ternilai harga.

Kita cuba menghalang, tapi dia berkata “biar lah nok wi ko anok-anok (tidak mengapa, hendak bagi kepada anak-anak)”. Terkesima kami seketika. Masih ada di hatinya untuk “memberi” walau pun di waktu yang sama mereka berada dalam kesempitan…

“Ikhlasnya hatimu ibu”

Wallahualam.

AYAH NGAH
THE 3RD FORCE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *