home Latest News TAWAU TERBAKAR LAGI : Update bantuan mangsa kebakaran ice box hujung

TAWAU TERBAKAR LAGI : Update bantuan mangsa kebakaran ice box hujung

Tarikh : 5/9/2017, Hari ini sukarelawan kita berkesempatan melawat tapak kebakaran pada sebelah petang tadi setelah bekerja keras bersama penduduk dan pihak berwajib semalam berusaha memadamkan api dan membantu mengangkut barang-barang keperluan mangsa ke tempat selamat.

Pada sebelah malamnya pula team sukarelawan bertungkus lumus memunggah pakaian hasil sumbangan Rasmi Abdullah Dbc dan sumbangan orang ramai ke HQ PERKALAS @ 3rd Force Sabah.

In sya Allah esok kita akan mengedarkan pakaian ini kepada mangsa di pos operasi PERKALAS.

Antara keperluan mangsa melalui pemerhatian sukarelawan ialah :

1. Peralatan mandi (sabun, ubat gigi dan berus gigi).

2. Sarung dan selimut.

3. Bantal.

Masalah mangsa kebakaran ini perluh diambil satu tindakan jangka panjang bagi mengelakkan kes seperti mangsa kebakaran batu 2 dan kampung Hidayat yang sehingga sekarang masih tinggal di kemah transit.

Pengalaman PERKALAS@ 3rd Force Sabah yang sentiasa turun padang di mana-mana berlakunya kes kebakaran di negeri Sabah terutama Tawau dan Semporna tentang perluhnya diusahakan satu tapak wakaf atau tanah khas untuk penduduk setinggan bagi mereka tinggal dan memulakan hidup baru di kawasan yang selesa berdasarkan kemampuan mereka.

PERKALAS mencadangkan agar sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 13 ekar di Tanjung Batu dapat dibeli (kerana pemilik tanah berkeinginan menjual tanahnya) yang boleh digunakan sebagai salah satu penyelesaian isu setinggan di sekitar bandar Tawau.

Persoalannya siapa yang mahu membeli tanah itu ???? dan mendermakannya????

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *