home Construction Update pembinaan ” Villa Syurga Ayah” rumah Tokngoh Din

Update pembinaan ” Villa Syurga Ayah” rumah Tokngoh Din

[Bismillah]

Update pembinaan ” Villa Syurga Ayah” rumah Tokngoh Din : Jommm sama-sama ambil saham akhirat masing-masing

Tengahari ini singgah di lokasi pembinaan rumah Tokngah Din. Biasalah setiap khamis kami perlu membayar upah tukang. Dan dengan sedikit upah inilah para tukang dapat menyara keperluan anak isteri mereka pula di rumah. Tukang-tukang thirdforce juga rata-rata adalah orang miskin. Begitulah caranya abangraja pengasas thirdforce cuba berusaha untuk mengekalkan kitaran peredaran wang ringgit dan membangunkan ekonomi setempat.

“Villa Syurga Ayah” ini adalah nama yang diberikan oleh Abang Raja untuk rumah Tokngah Din yang dilancarkan pembinaannya penghujung Ramadhan yang lalu dan mengajak kita semua untuk sama-sama membantu dan membeli saham akhirat kita di sini.

Tokngoh Din ialah seorang bapa yang tidak berdaya kerana terbeban oleh pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi, jantung, kencing manis, buah pinggang dsbg. Beliau telah dinasihat oleh pihak hospital supaya tidak melakukan kerja-kerja berat.

Bagaimanapun lantaran beliau masih mempunyai anak dan isteri yg perlu dijaga, nak tak nak beliau terpaksa juga bekerja walau hanya untuk separuh hari.

Beliau yang dapat merasakan yang tempoh hidupnya mungkin tidak panjang berhasrat menyediakan sebuah rumah kecil untuk anak-anak dan isterinya sebelum beliau kaku di pembaringan.

Apatah lagi anak bongsunya(4 tahun) dari 4 adik beradik mempunyai masalah kependekan usus. Anak ini telah melalui 2 kali pembedahan dan terpaksa berulang alik hospital untuk rawatan lanjut.

Setiba kami di lokasi didapati isteri Tokngoh Din pun turut datang membantu serta memerhatikan suaminya kalau mungkin terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Kebetulan ada tukang tidak hadir kerana sakit, maka isteri Tok Ngah Din sendiri menjadi gantinya melakukan kerja-kerja gaul simen dan sebagainya.

” Biarlah, doh dia nak tolong, rumah dia jugok” kata Tokngoh Din…

Begitu teruja sekali perasaan suami isteri ini untuk melihat rumah hasil sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce ini siap cepat.

Untuk kita, mungkin tak kita mampu untuk datang tolong bancuh simen atau angkut batu bata. Atau mungkin kita hanya mampu hulurkan doa. Apa pun sama-sama lah bantu walaupun dengan hanya secebis doa.

PM ke inbox FB abangraja untuk detail bagaimana kita boleh pakat-pakat tolong sikit sorang. InsyaAllah, semoga impian ayah yang tidak berdaya ini menjadi kenyataan.

Wallahualam

“Jom jadi orang baik2.”

Ayahngah
Sukarelawan 3rd Force
1.35 tengahari
9 SEPT 2017
Kg Bunut Sarang Burung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *