home Latest News UPDATE HARI KE-3 BANTUAN MANGSA KEBAKARAN ICE BOX HUJUNG, TAWAU, SABAH

UPDATE HARI KE-3 BANTUAN MANGSA KEBAKARAN ICE BOX HUJUNG, TAWAU, SABAH

UPDATE HARI KE-3 BANTUAN MANGSA KEBAKARAN ICE BOX HUJUNG, TAWAU, SABAH : DATANGLAH SERTAI KAMI KERANA SESUNGGUHNYA INILAH SAHAM AKHIRAT KITA

Hari ini sukarelawan kita berusaha melayani mangsa kebakaran di tapak operasi PERKALAS @ 3rd Force. Ada yang marah dan mengadu tentang permasalahan mereka. Bukan senang berdepan dengan cacian dan makian namun itulah asam garam SUKA-RELA-ONE (satu tujuan cari redha Allah).

Antara isu yang diketengahkan oleh mangsa kebakaran tentang kelewatan memberikan bantuan yang telah terkumpul hasil sumbangan orang ramai..” dek kami ni dah dua hari pakai pakaian yang sama kerana kelewatan diberikan sumbangan yang ada di depan mata”.

Tolonglah mangsa sebaik-baiknya kurangkan lah karena birokrasi dalam edaran bantuan mangsa. Bantuan itu dari orang ramai untuk mangsa tiada hak kita untuk melengah-lengahkan agihan sumbangan tersebut dengan pelbagai alasan.

Alhamdulillah PERKALAS@ 3rd Force Sabah dengan mekanisma kerja yang dipegang erat akan terus menyalurkan kepada mangsa sebarang bentuk sumbangan.

Antara keperluan yang telah kita edarkan pada hari ini kepada mangsa kebakaran ini ialah :

1) Dapur gas
2) Kuali
3) pinggan
4) Gelas
5) Sudu
6) Sudip
7) Pakaian

Sekali lagi kami mengajak rakan-rakan NGO dan masyarakat di luar sana jom bersama membantu meringankan beban mangsa. Kita rebut saham akhirat kita masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program pada hari ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Together we are stronger !!!!

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *