home Latest News UPDATE HARI KE-7 BANTUAN MANGSA KEBAKARAN ICE BOX HUJUNG, TAWAU, SABAH.

UPDATE HARI KE-7 BANTUAN MANGSA KEBAKARAN ICE BOX HUJUNG, TAWAU, SABAH.

PERKALAS @THE 3rd FORCE SABAH

Tarikh : 11/9/2017

Hari ke 7 di pos operasi PERKALAS @ 3rd Force Sabah di tapak kebakaran Kg Ice box@ Kg Titingan Hujung.

Hari ini saudari Huda salah seorang graduan dari salah sebuah universiti di UK bersama adiknya sanggup terbang dari jauh bagi membatu mangsa kebakaran mengikut kemampuan mereka.

Dua adik beradik asal Kelantan ini telah membawa barang permainan kanak-kanak, alat tulis, pakaian solat dan kain baju untuk mangsa kebakaran di sini.

Kagum melihat kesungguhan adik Huda dan adiknya. Mereka bersama sukarelawan PERKALAS @ 3rd force yang lain berbaur dangan masyarakat di tapak kebakaran ini bagi mendengar langsung keluhan dan permasalahan mangsa.

Semoga lebih ramai anak muda yang sedar AKAN KEPENTINGAN AKTIVITI KESUKARELAWANAN untuk TURUN PADANG bersama PERKALAS @ 3rd Force bagi membantu masyarakat di Sabah.

Tidak lupa juga kepada saudara Kidal (koordinator PERKALAS@3rd Force Sabah-Lahad Datu) yang sudi turun padang ke Tawau. Terima kasih bro atas ilmu fotografi yang dikongsikan kepada adik-adik sukarelawan.

Saat ini PERKALAS berusaha untuk mengumpul beberapa jenis keperluan yang diminta oleh mangsa. Antaranya ialah :

1. Pakaian dalam wanita.
2. Pakaian dalam lelaki.
3. Tuala mandi

Semoga Tuhan sentiasa mempermudahkan urusan PERKALAS @ 3rd Force Sabah dan mangsa kebakaran ini.

Together we are stronger !!!!

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *