home Latest News PROGRAM KHAS HERO KAMPUNG SIRI 5 (LATIHAN PENGURUSAN BENCANA DAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS)

PROGRAM KHAS HERO KAMPUNG SIRI 5 (LATIHAN PENGURUSAN BENCANA DAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS)

PROGRAM KHAS HERO KAMPUNG SIRI 5 (LATIHAN PENGURUSAN BENCANA DAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS) THE 3RD FORCE DENGAN KERJASAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Tarikh : 14-16 September 2017
Lokasi : Pantai Tok Bali Pasir Puteh Kelantan.

Salam dari saya untuk semua keluarga besar thirdforce.

Sukacita dimaklumkan kita akan mengadakan Program Hero Kampung Siri ke-5 pada tarikh dan lokasi seperti tersebut di atas. Program yang sudah masuk kali ke 5 ini adalah merupakan antara usaha kita untuk melengkapkan diri sukarelawan kita dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan sewaktu bencana seperti pertolongan cemas, pengendalian bot dsbg. Di samping itu ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama sukarelawan dan mengujudkan pertalian erat kerjasama antara agensi kerajaan dan juga thirdforce.

Kita bercadang untuk memberikan juga pengisian teknik fotografi dan penulisan di web berimpak tinggi kepada sukarelawan kita agar mereka dapat mengaplikasikannya denan berkesan melalui media online masing-masing.

Kita menyediakan penginapan percuma untuk semua sukarelawan kita yang ingin menyertai program ini seadanya di Arwana Inn Tok Bali dan homestay sekitar serta di pusat operasi thirdforce di Pasir Puteh. Pasukan kita bersedia untuk apa saja keperluan logistik mana-mana yang perlu.

Datanglah sertai program ini kerana pada hakikatnya ianya bakal memberikan bnyk manfaat utk kita. Disamping dapat menimba ilmu kalian juga boleh bawa keluarga untuk bercuti di pantai Tok Bali Pasir Puteh sempena cuti sekolah yg panjang.

Pada 14/9/2017 (Khamis) dan 15/9/2017 (Jumaat) sebahagian daripada kita telah di jemput untuk menyertai program latihan bersama APM (10 orang). Kepada yg nak sertainya awal sila maklumkan kepada kami untuk uruskan penginapan dan logistik.

Hari Jumaat 15/9/2017 itu juga kita merancang untuk memulakan kursus teknik penulisan dan fotografi berimpak tinggi oleh Saudara Latfy Anuar Latif … sahabat kita yang sangat dihormati dalam industri dan dalam bidang ini. Jadi kepada yang nak datang awal pada 14hb lagi untuk sertai kursus ini sila maklumkan ya …

15/9/2017 (Jumaat) sebelah malam akan ada rethreat bersama saya serta perbincangan, taaruf dan sambungan perkongsian penulisan berkesan (High Impact Writing) di web (facebok / IG etc.).

16/9/2017 (Sabtu) kita semua akan berprogram bersama APM meliputi pengendalian bot (Nak belajar bawa bot inilah masanya), pertolongan cemas, do’s and don’ts ketika bencana dsbg.

Kita cuba sedaya upaya untuk menyediakan T Shirt thirdforce kepada semua yang hadir. Kalau T Shirt lengan pendek tu kaum wanita boleh pakai inner ya .. sebab stok T Shirt muslimah yg ada sekarang kebnyakan saiz besar …

Bagi yang datang dengan van universiti, penginapan untuk driver juga kita sediakan kalau perlu. Sila maklumkan nama driver.

Hubungi Ramadan/ Safuanm /Hariri di no yang tertera dibawah ya!

Terima kasih.

Regards,
ABANGRAJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *