home Construction Rumah Tok Ngah Din Hampir Siap

Rumah Tok Ngah Din Hampir Siap

Lokasi: Kg Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan.
17 September-Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan di rumah Tokngoh Din hampir 85% untuk siap. Hari ini, abangraja menghantar bantuan tenaga kerja tambahan iaitu tukang kita untuk sama-sama menbantu mempercepatkan menyiapkan secepat mungkin pembinaan rumah ini.
Siling sudah selesai dipasang. Tinggal lagi plaster dinding, pemasangan pintu2, piping dan juga wiring.
“Villa Syurga Ayah” ialah nama yg diberikan oleh Abangraja kepada rumah yang dibina untuk Tokngoh Din dan keluarga.
Tokngoh Din ialah seorang buruh kasar yang juga seorang bapa yang mempunyai 4 orang orang anak. Beliau yang menghidapi berbagai jenis penyakit kronik seperti masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung kritikal.
Salah seorang daripada anak perempuannya yang berusia 4 tahun juga turut mengalami masalah usus pendek. Anak ini telah beberapa kali menjalani pembedahan dan sekarang ini terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Walaupun telah dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan kerja-kerja berat, namun kesungguhan Tokngoh Din untuk menyiapkan rumah kecil untuk anak-anak dan isteri yang sekarang sedang menumpang teduh di rumah kecil ibu mertua tirinya sebelum beliau dijemput illahi.
Hampir dua tahun lebih, Tokngoh Din mengumpul bahan binaan yang sebahagian adalah daripada bahan-bahan binaan yang terpakai yang di kutip sekitar kampung.
Sama-sama kita mendoakan semoga impian seorang ayah yang tidak berdaya ini menjadi kenyataan.
Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.