home Religion “ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI”

“ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI”

RINGKASAN KULIAH DHUHA -ISNIN 18 SEPTEMBER 2017
“ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI”
Hari ini seperti biasa sukarelawan menunaikan solat dhuha yang di imamkan Adi. selepas solat dhuha sedikit perkongsian kisah-kisah teladan yang menjadi santapan rohani setiap pagi buat sukarelawan sebelum keluar buat tugasan masing-masing.
Perkongsian pagi ini mengenai kisah seorang lelaki dan wanita yang bernama Faridah dan Abdullah. Kisahnya mengenai keinginan Abdullah untuk bermesra dengan faridah. Sampai satu ketika Abdullah sanggup merancang untuk merogol Faridah. Abdullah ingin melaksankan hasratnya apabila bertemu Faridah. Tetapi faridah telah mengajaknya ke tempat yang tiada orang.
Faridah telah mengarahkan Abdullah untuk memeriksa keadaan sekeliling serta orang kampung yang telah tidur. Abdullah mengatakan semua orang telah tidur dan tiada seorang yang tahu serta melihat mereka.
Rupa-rupanya itu semua hanyalah rancangan Faridah dalam langkah ingin berdakwah kepada Abdullah lalu Faridah mengatakan bahawa Allah maha melihat segalanya perbuatan mereka.
Pengajaran dari kisah ini, walaupun orang tidak dapat melihat perbuatan kita, tetapi Allah maha mengetahui. Oleh itu, janganlah kita mencuba atau melakukan perkara2 yang dimurkai Allah S.W.T. Teruskanlah ajak diri kita buat perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh menjamin masa depan kita yang sebenarnya di akhirat kelak..
Jomm jadi orang baik-baik
Laporan oleh Zulkiflie
Sukarelawan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *