home Medical AFZA DAN MEDICAL TEAM THIRDFORCE

AFZA DAN MEDICAL TEAM THIRDFORCE

Rantau Panjang 3/10/2917 – Hari ni adalah hari pertama adik Afza ke HUSM untuk rawatan susulan selepas kakinya di potong pada13/9/2017 di HRPZ@. Adik Afza mendapatkan rawatan kemoterapi di HUSM disebalik rawatan asal di HRPZ2.

Kita sedia maklum keadaan rumah sewa yang didiami adik afza bersama ibu dan adik-adiknya Afza adalah rumah kayu kampung yang sangat tinggi menyukarkan untuk adik Afza turun dan naik …

Dengan pendapatan ibu adik afza yang tak seberapa dan keadaannya sebagai seorang ibu tungal amat sukar untuk ibu adik Afza mendapatkan pengangkutan yang sesuai untuk adik Afza waktu itu.

Kita bernasib baik kerana ada keluarga besar thirdforce sama-sama menyumbang sehingga kita mampu mengujudkan unit perubatan thirdforce melalui perkhidmatan Red Ambulance untuk membawa adik Afza, angkat dari rumah, bawak turun di hospital, tolong tolak, tolong angkat dsbg.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada kalian semua keluarga besar thirdforce yang terus menyumbang sedikit sorang menjadikan usaha dan pengorbanan, lelah dan air mata ini mampu di tahan seketika.

Tidak dapat untuk digambarkan sebelum ini kami semua perempuan mengusung adik afza turun naik rumah ke hospital, masuk dalam kereta viva jiran utk bawa adik afza dapatkan rawatan. Meraung adik afza setiap kali keadaan ini berlaku.

jika tiada perhidmatan perubatan dari medical team thirdforce melalui RedAmbulance betapa sukarnya adik Afza untuk mndapatkan rawatan di hospital. Kalianlah yang jadikan usaha abangraja dan thirdforce ini dalam mengajak kita semua sama2 bantu jadi kenyataan.

Trima kasih diucapkan kepada abg raja dan keluarga besar thridforce yang terus istiqamah menyumbang sikit sorang untuk saham akhirat masing-masing hingga kita mampu sediakan perkhidmatan RedAmbulance kepada Afza.

Jom jadi orang baik-baik

K mah
thridforce Rantau Panjang
012-949 2923

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *