home Latest News PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

Alhamdulillah malam ini sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah melawat mangsa kebakaran Batu 2 dan satu keluarga asnaf di Jalan Damai, serta berkongsi barangan dapur kepada mereka.

Kehidupan yang mereka lalui di khemah ini semenjak pasca kebakaran tahun lalu 
amat mencabar. Ada hikmah yang boleh diambil daripada mangsa iaitu sabar dan tabah menjalani ujian hidup.

Mungkin sumbangan kita amat kecil (hanya barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak, kicap, teh, tepung, susu pekat manis dan mee) namun rasa “PEDULI” sesama manusia yang menjadi nilai utama yang cuba kita terapkan kepada semua.

Jom kita sebarkan gelombang kebaikan ini pada diri kita dan masyarakat di sekitar kita. Semoga dengan belajar menjadi orang baik-baik akan jadi asbab hidup kita semakin harmoni.

Together we are stronger !!!!

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
Khemah transit mangsa kebakaran Batu 2 dan Jalan Damai, Tawau, Sabah.
PERKALAS@3rd Force Sabah
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.