home Medical perkhabaran daripada adik Nazif

perkhabaran daripada adik Nazif

Jitra- Semalam kita menerima perkhabaran dari ayah adik nazif iaitu abang Bakri tentang kondisi kesihatan adik Nazif. Adik Nazif tak berapa sihat sehari dua ni kerana ada sedikit demam dan batuk. Sebarang gangguan kesihatan kepada anak ini sangat merisaukan keluarga dan kita semua kerana jantungnya sangat lemah.

Adik Nazif yang mengalami pelbagai komplikasi jantung telah melalui pembedahan jantung di IJN tahun lepas. Namun selepas pembedahan tersebut berlaku komplikasi menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong. Thirdforce hadir di sisi anak ini bersama keluarganya untuk sama-sama membantu meringankan beban.

Lawatan kita ke rumah keluarga ini di Jitra mendapati mereka hidup serba kekurangan. Keadaan tandas yang berada diluar rumah pastinya menyukarkan anak ini yang baru kehilangan kedua-dua belah kaki. Justeru abangraja telah melancarkan bantuan pembinaan rumah adik nazif dan rumah tersebut telahpun siap sepenuhnya.

Sekarang ni keadaan injap jantung yang kecil menyukarkan doktor untuk membuat pembedahan susulan. Adik Nazif perlu kekal sihat agar tidak diserang demam dan sebagainya.

Jommm sama-sama kita doakan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.