home Latest News Latihan Taekwon-Do untuk Sukarelawan

Latihan Taekwon-Do untuk Sukarelawan

5 Oktober, Pasir Puteh – Alhamdulillah hari ini sukarelawan kita berkesempatan sekali lagi menjalankan rutin setiap hari Khamis iaitu latihan Taekwon-Do bersama Ustaz Ismarudi di depoh 3rd Force.

Abang raja sangat mementingkan stamina dan kesihatan para sukarelawan di Hq, ini kerana apabila melakukan kerja-kerja di lapangan memerlukan tenaga dan stamina yang kuat.

Kita sangat menghargai usaha ustaz Ismarudi dari Akademi Masta, Pasir Puteh yang istiqomah setiap minggu menginfaqkan tenaga dan masa beliau untuk sukarelawan 3rd Force belajar seni bela diri Taekwon-Do.

Kita bersyukur di datangkan orang baik-baik yang masing-masing berusaha dengan cara sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah swt.

Percaya dan yakinlah bahawa Allah tidak melihat pada kuantiti tetapi pada kualiti. Walaupun kecil di mata manusia akan tetapi kita melakukannya dengan istiqomah pasti Allah menjanjikan sesuatu untuk kita semua.

Insya Allah…

MASTA – MIAR Spirit Taekwondo Academy
Isma Rahim

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan dari Safuan
Sukarelawan The 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *