home Latest News INDAHNYA BILA NIKMAT ALLAH DIKONGSI BERSAMA-SAMA DENGAN PERASAAN PENUH KASIH DAN SAYANG

INDAHNYA BILA NIKMAT ALLAH DIKONGSI BERSAMA-SAMA DENGAN PERASAAN PENUH KASIH DAN SAYANG

7 oktober 2017- Alhamdulillah hari ini jualan pampers amal di buka seperti biasa di hadapan Pusat Latihan Sukarelawan Thirdforce. Cuma bermula dua hari lepas yang lalu kita sudah mulakan promosi jualan amal dengan harga yang lebih istimewa lagi. Tujuannya supaya mereka yang kurang berkemampuan dapat membeli pampers ini pada harga lagi rendah.

Nak kongsi satu cerita seorang hamba Allah yang datang membeli pampers dengan kemampuan yang setakat ada sahaja. Beliau belikan pampers untuk anaknya yang terlantar di hospital HUSM. Selepas Mendengar sedikit luahan beliau maka kami pun beri lebih sedikit bekalan pampers untuk anaknya itu dengan tujuan niat sedekah.

Hampir kesemua pembeli yang mari adalah rata-rata yang hidup kurang berkemampuan dengan kadar pendapatan yang sederhana setelah abangraja menegur segelintir orang kita yang datang memborong pada kuantiti yg bnyk utk tujuan berniaga dijual pula di tempat lain sebelum ni.

Alhamdulillah kita telah mencapai target sasaran yakni jualan pempers dikhususkan terlebih kepada yang amat memerlukan iaitu para asnaf dan juga fakir miskin.

In sha Allah jualan amal masih lagi di buka dan akan di tutup setelah habis stok yang ada.

Tahniah dan terima kasih banyak di ucapkan kepada encik Ismadi atas sokongan dan infaq pampers kepada Thirdforce untuk kita jadikan jualan amal bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Hasil jualan ini akan kita gunakan untuk meneruskan kerja-kerja kemanusian thirdforce kerana ramai lagi saudara-saudari kita di luar sana yang masih lagi memerlukan bantuan daripada kita semua.

Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan kita semua, mana tahu esok lusa kita juga memerlukan bantuan mereka dengan bentuk bantuan yang berbeza mengikut keadaan semasa. Jadi begitulah hidup kita semua yang saling memerlukan di antara satu sama lain.

Terima kasih kepada semua keluarga besar Thirdforce dan para penyumbang di atas sokongan anda dalam membantu kami melaksanakan misi kemanusian dan melebarkan lagi gelombang mengajak orang jadi orang yang baik-baik di seluruh Malaysia.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK YA…..

Salam dari saya,
junaidi
Sukarelazwan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *