home Latest News RAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BERSAMA UITM

RAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BERSAMA UITM

8 Oktober 2017- Hari ini sukarelawan Thirdforce dan para pelajar UITM Kampus Kota Bharu serta dua orang pensyarah telah bergotong royong di rumah Tok Ngah Din di Kampung Bunut Sarang Burung Wakaf bharu.

Mereka adalah para pelajar dari bidang Kewangan dan Perbankan Islam. Para peserta dan sukarelawan Thirdforce dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu bahagian dalam rumah dan luar rumah. Bahagian dalam rumah termasuk membasuh lantai, memasang tikar getah dan mengecat bilik air.

Seterusnya bahagian luar rumah pula mengecat dinding, meratakan tanah dan membakar sampah.

Program ini adalah antara usaha pihak UiTM untuk memberikan pengalaman dilapangan kerja-kerja kemanusiaan dalam mendidik para pelajar menjadi ahli masyarakat yang prihatin setelah menamatkan pengajian.

Thirdforce telah dilancarkan di UiTM Kota Bharu pada tahun ini dalam usaha kita untuk melebarkan gelombang mengajak orang ramai jom jadi orang baik-baik. Sehingga kini, di peringkat Institut Pengajian Tinggi, Thirdforce telah di lancarkan di UNITEN Muadzam Shah, UUM, UIA dan juga di UiTM Kota Bharu.

Abangraja yang sangat rapat dengan pensyarah dan pelajar uitm sejak sekian lama sudi melapangkan masa untuk bersama-sama adik-adik pelajar hari ni disebalik kepadatan jadual beliau setiap hari. Sesi pertemuan dan perkongsian bersama abangraja adalah yang ditunggu tunggu oleh adik2 pelajar.

sebahagian mahasiswa/wi UiTM kampus Kota Bharu hadir bagi menyatakan kebersamaan dalam kerja kerja kemanusiaan dengan mengadakan gotong royong di rumah Tok Ngah Din Kg Bunut Sarang, Tumpat.

Penglibatan adik-adik para pelajar universiti dengan kerja-kerja lapangan berbentuk aktiviti kemanusiaan ini pastinya memberi impak positif kepada para peserta dalam menyelami usaha yang dilakukan oleh NGO dan juga orang awam dalam menyumbang kepada bantuan fakir miskin.

Rata- rata yang hadir berasa gembira dengan pengalaman yang diperolehi pada hari ini. Sebelum pulang, Abang Raja sempat memberi kata- kata semangat dan motivasi serta sesi soal jawab bersama para pelajar.

Tok Ngah Din mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada UiTM Kota Bharu, Thirdforce Wakaf Bharu, Dr Maznah dan Madam Wan Nurhana pensyarah UiTM yang sama- sama turun dalam menjayakan program gotong-royong hari ini.

Jom sama-sama kita membantu golongan yang memerlukan setakat mana yang mampu kita laksanakan. Bak kata abangraja selalu jom jadi orang baik-baik

Zulkifli/Ramadan
sukarelawan Thirdforce.
Wakaf Bharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.