home Medical AFZA SEMAKIN PULIH

AFZA SEMAKIN PULIH

Rantau panjang 9/10/17-Berkat doa semua keluarga besar thirdforce keadaan adik Afza semakin pulih. Kelmarin keluarga Afza menunaikan hasrat Afza untuk ke air terjun Jeram Linang.

Kita sedia maklum sebelum ini hampir setahun dunia Afza hanyalah diatas rumah dan hospital sahaja menanggung sakit.

Selepas menjalani pemotongan kaki keadaan Afza semakin sihat… syukur Allahamdulillah.

Terpancar kegembiraan diwajah Afza. Afza ditemani oleh ibu dan adik-adiknya.

Adik Afza mngucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga besar thirdforce para penyumbang, Medical Team Thirdforce RedAmbulance dan abang Raja kerana sudi membantu dari awal hingga sekarang …

Tanpa thirtforce Afza tak tahu bagaimana nasibnya…

Syukur kehadrat Allah Kerana mempertemukan Afza dengan thirtforce… itulah luahan beliau kepada Kak Mah tadi …

Dulu dia rasa keseorangan dalam hadapi semua ini. Tapi sekarang tidak lagi… Sama 2 lah kita berdoa semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup Afza selepas ni insyaAllah …

K mah
Thirtforce Rantau Panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *