home Latest News BANTUAN  ANAK YATIM PIATU ARWAH AISHAH

BANTUAN  ANAK YATIM PIATU ARWAH AISHAH

Pada hari ini 9/10/17 tepat jam 10am bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tumpat kita memulakan fasa 1
perbincangan diantara Pn Khadijah (mama) yang merupakan ibu tiri arwah Aisyah (cah) bersama dengan En Nik Munif Pegawai Kanak-kanak JKM daerah Tumpat berkenaan dengan status penjagaan sah keatas Siti Hajar dan Siti Zulaikha anak-anak arwah cah.

Menerusi nasihat, pandangan dan pencerahan daripada En Nik Munif adalah sebaiknya status penjagaan diteruskan melalui proses pengangkatan. Prosedur penyerahan dinasihatkan dibuat melalui penjaga sah keatas anak-anak ini iaitu nenek sebelah arwah cah.

Memandangkan bapa kandung kedua kedua kanak-kanak ini juga telah meninggal dunia (2010) maka penjaga sah perlu menyerahkan kedua kanak-kanak ini dengan penyerahan mengikut undang-undang pengangkatan kepada mama. Mama adalah ibu tiri arwah cah yang menjaga beliau sedari kecil dan kini kanak-kanak ini juga dalam penjagaan mama.

Sekarang mama sedang memohon untuk mengambil kedua-dua ‘cucu’ sebagai anak angkat. Mama akan membawa anak-anak ini menetap di Miri. Dengan ini mama sedang berusaha kearah itu demi kebaikan dan kebajikan Siti Hajar dan Siti Zulaikha.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar segala urusan berjalan dengan lancar. Keluarga besar 3rd force sebagai pemudah cara sedaya usaha membantu mama dalam kes ini sehingga selesai.

Terimakasih Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tumpat yang banyak membantu.

Kita Peduli kerana Allah.
Bersama kita bantu sikit sorang anak yatim piatu ini.

Kak Yong
Ketua Sektor Kebajikan Anak-anak Prihatin
The 3rd Force
017-923 9831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.