home Construction RUMAH SUDAH HAMPIR SIAP

RUMAH SUDAH HAMPIR SIAP

Update Pembinaan Rumah Tok Ngah Din. 95% Hampir Siap.

9 Oktober 2017/ Isnin – Sukarelawan Thirdforce hari ini sekali lagi ke rumah Tok Ngah Din di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat Kelantan. Seota Bharu di sini dalam program community service.

Hari ini sukarelawan Thirdforce melakukan kerja-kerja finishing mengecat dan wiring. Pintu rumah juga telah dipasang sendiri oleh Tok Ngah Din tadi.
Sempat juga Tok Ngah Din berkongsi ilmu bagaimana cara memasang pintu rumah dan pintu bilik kepada sukarelawan Thirdforce.

Sama-sama kita doakan Tok Ngah Din dan keluarga dapat menjalani rutin harian dengan selesa, gembira dan dalam rahmat Allah sentiasa dengan adanya rumah yang baru nanti…

Terima kasih kepada mereka yang terlibat dari awal hingga kini dalam menyalurkan bantuan. Tidak kira dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan apapun bentuk sumbangan.

TF Faziera bagi tahu peti ais, tikar getah, kipas dah ada yang sumbangkan. InsyaAllah kita sumbangkan dapur gas pula untuk mereka naik rumah baru nanti.

Abangraja plan nak mintak siapa2 tokey grill di wakaf bharu sumbangkan grill pintu untuk keluarga ni tapi tak tahu siapa yang usahakan bengkel grill ni … Kalian ada tahu tak?

Jom sama sama kita membantu golongan yang memerlukan setakat mana yang mampu kita laksanakan.

Jom jadi orang baik-baik.

Zulkifli
Sukarelawan Thirdforce
Wakaf Bharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.