home Latest News Bagasi untuk Jemaah Umrah bersama Abangraja

Bagasi untuk Jemaah Umrah bersama Abangraja

Bagasi untuk Jemaah Umrah bersama Abangraja.

SELASA | 10 Oktober 2017 – Hari ini, sukarelawan Thirdforce ke pejabat urusan Qashwa Travel di Kota Bharu untuk mengambil bagasi umrah sebelum diagihkan kepada jemaah yang akan menunaikan umrah bersama Abangraja tahun ini.

Bagasi tersebut akan diagihkan kepada jemaah umrah selepas kursus umrah yang akan diadakan di Bilik Operasi Thirdforce, Pasir Puteh pada hari Sabtu ini iaitu 14 Oktober 2017.

Jemaah umrah yang akan menunaikan umrah nanti disarankan agar menghadirkan diri bersama-sama dalam kursus tersebut, walaupun mungkin ada antara jemaah yang bukan kali pertama menunaikan umrah tahun ini.

Ini kerana, dalam kursus tersebut bukan hanya adab dan rukun umrah sahaja yang akan disampaikan oleh mutawif atau ustaz yang bertugas, bahkan ada juga maklumat berkenaan jadual perjalanan sepanjang melakukan umrah di tanah suci Mekah nanti.

Semoga jemaah yang akan hadir ke kursus umrah tersebut mendapat manfaat dan faham akan rukun dan tataterbib mengerjakan umrah.

Terima kasih juga kepada pihak Qashwa Travel yang telah menyediakan bagasi untuk diagihkan kepada jemaah.

#umrahmusimsejuk
#umrahbersamaabangraja
#qashwatravel

Laroran disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *