home Construction Update kerja-kerja mengecat rumah Tok Ngah Din

Update kerja-kerja mengecat rumah Tok Ngah Din

Update kerja-kerja mengecat rumah Tok Ngah Din.

Wakaf Bharu, 10 Oktober 2017- Proses mengecat dijangka siap sepnuhnya minggu ini. Hari ini 3 orang sukarelawan thirdforce telah mengecat pintu, frime tingkat dan finishing bahagian luar rumah tok Ngah Din di kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat,Kelantan.

Mereka semua adalah adik-adik lepasan Universiti yang menginfak masa muda bersama Abangraja untuk membantu asnaf dan menbentuk rakyat Malaysia supaya jom sama-sama jadi orang baik baik.

Tak lama lagi Tok Ngah Din akan masuk rumah barunya ini. Alhamdulillah impian untuk siapkan rumah kepada anak-anaknya selama ini dapat direalisasikan hasil sumbangan kalian semua.

Saya tidak dapat bayangkan betapa banyaknya saham akhirat yang mengalir apabila asnaf ini tinggal disini nanti.

Terima kasih rakyat Malaysia yang menyumbang, sukarelawan thirdforce, tukang rumah yang bina rumah Tok ngah din dan semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jomm jadi orang baik baik

Laporan oleh Ramadan/ Zulkifli
Sukarelawan thirdforce
Kg Bunut Sarang Burung, Tumpat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *