home Latest News KASIH SAYANG DAN BANTUAN BERTERUSAN ADIK KAMELIA

KASIH SAYANG DAN BANTUAN BERTERUSAN ADIK KAMELIA

11 Oktober, Kota Bharu – Hari ini sukarelawan kita melakukan lawatan berkala melawat asnaf-asnaf yang di bawah seliaan 3rd Force Hq. Pada petang ini kita melawat adik Kamelia yang tinggal di Kampung Demit.

Kisah adik Kamelia yang suatu ketika dahulu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia amnya yang mengkuti Facebook Abangraja, yang menceritakan kesusahan hidup hanya mampu makan ubi kayu sebagai makanan harian kibat daripada hidup yang serba kedaifan.

Alhamdulillah sukarelawan kita hari ini telah menyampaikan amanah para penyumbang kepada keluarga adik Kamelia. Sumbangan yang secara berkala ini adalah hasil sumbangan anda semua juga pastinya.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, terpancar sinar kebahagiaan pada keluarga ini. Para sukarelawan di jamu air sebagai tanda meraikan tetamu, dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Kita mendapat tahu adik Kamelia memerlukan sehelai seluar track dan sepasang kasut sukan untuk aktiviti sukan minggu depan. Lawatan hari ni bagi menyempurnakan hasrat adik kamelia tersebut …

Kita juga bersyukur kerana di pertemukan dengan asnaf-asnaf yang baik yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt. , merendah diri, tidak meminta-minta dan tidak meletakkan kebergantungan selamanya kepada bantuan awam.

Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang dan keluarga besar 3rd Force kerana terus menyokong usaha-usaha baik ini.

Semoga Allah akan memberikan sedikit ehsan di atas usaha-usaha kecil kita semua ini. Dan Allah tetapkan kita untuk terus bersama dalam gelombang orang baik-baik ini.

Insya Allah…

#jommjadiorangbaik-baik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Laporan dari
Ridzuan & Safuan
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *