home Latest News FITNESS DAN MARTIAL ART KELAS UNTUK SUKARELAWAN THIRDFORCE

FITNESS DAN MARTIAL ART KELAS UNTUK SUKARELAWAN THIRDFORCE

Khamis | 12 Oktober 2017 – Seperti biasa rutin Sukarelawan Thirdforce pada setiap hari Khamis iaitu kelas seni bela diri Taekwondo yang diajar oleh Jurulatih Isma. Untuk hari ini, kelas berjalan seperti biasa, tetapi ada kelainan sedikit pada hari ini kerana Jurulatih membawa pembantu beliau yang juga merupakan pelajar di bawah Akademi beliau sendiri iaitu MASTA.

Dua dari pelajar beliau yang datang hari ini, telah memiliki tali pinggang merah dan seorang lagi telah berjaya memiliki tali pinggang hitam. Kehadiran mereka hari ini sedikit sebanyak dapat membantu Jurulatih Isma untuk membetulkan teknik-teknik dan kedudukan sukarelawan sepanjang latihan Taekwondo pada hari ini.

Apa yang membakar lagi semangat semua Sukarelawan dalam sesi latihan kali ini adalah demotrasi atau pertunjukan yang telah dilakukan oleh Jurulatih bersama 3 lagi pelajarnya, seperti ‘sparring’ , menumbuk atap genting dan juga mematahkan papan kayu.

Dalam demotrasi tersebut, Sekarelawan diterangkan oleh Jurulatih berkaitan dengan kegunaan dan kepentingan tumbukan serta tendangan menggunakan teknik yang betul. Teknik yang betul ini, dapat mengelakkan diri kita sendiri daripada mengalami kecederaaan terutama semasa ‘sparring’ atau berlawan sesama sendiri.

Terima kasih kepada Jurulatih yang sudi membawa adik-adik jauh dari Mahaad Tahfiz Sains Kok Lanas. Dengan adanya demotrasi daripada adik-adik yang masih bersekolah ini, diharap dapat menyuntik semangat dan tidak berputus asa untuk meneruskkan kelas latihan seni bela diri Taekwondo ini.

Laporan disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.