home Volunteerism MENGECAT RUMAH ASNAF ; SIAPA SANGKA IANYA PERSEDIAAN ALLAH UNTUK SAYA BIDANG LANDSCAPE

MENGECAT RUMAH ASNAF ; SIAPA SANGKA IANYA PERSEDIAAN ALLAH UNTUK SAYA BIDANG LANDSCAPE

13 Oktober 2017 Jumaat – Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.

Dalam kontek kerjaya dalam landskap, ianya sangat luas dan tidak tertumpu menjadi seorang Lar/ Landskap Arkitek sahaja. Khususnya dalam bidang landskap melibatkan kerja mengecat. Kerja mengecat dalam landskap seperti cat gazebo, rumah, pagar, surau dan sebagainya.

Kerja mengecat sangat penting dalam lanskap kerana mampu memberi keindah dari segi warna, jalinan, rupa bentuk dan mewujudkan nilai estetika hasil daripada gabungan warna yang harmoni.

antara rumah yang telah Zulkifli cat ialah rumah asnaf tok Ngah Din di Kg Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan.

Selain itu juga kerja mengecat dapat melindungi permukaan sesuatu bentuk yang siap diplaster seperti rumah atau pembinaan landskap. Mampu mengelakkan daripada cepat berkulat, merekah dan daya ketahanan tinggi dan memberi impak lebih cantik.

Kerja mengecat juga, perlu ada seni dan kemahiran yang tersendiri. Melibatkan cara kerja, susun atur, dan persembahan kerja sistematik dan cepat. Seni dalam mengecat juga penting untuk hasil yang menarik dan berkualiti.

Beberapa orang sukarelawan Thirdforce lepasan Universtiti dari pelbagai bidang telah mengifakkan masa muda mereka untuk kerja sukarelawan untuk mengecat rumah asnaf sekitar Kelantan.

Beberapa buah rumah asnaf sudah siap dicat sepenuhnya sebelum ini. Rumah Tok Ngah Din yang terletak di Wakaf Bharu yang terbaru siap dicat kelmarin dalam masa dua minggu.

Kebanyakan cat yang digunakan seperti cat jotun dan nipon paint. Cat boleh dikategori kepada beberapa jenis dan untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya, cat untuk dinding simen dalam dan luar, cat untuk kayu dan besi.

Cat keluaran Jotun dan Nippon paint mudah didapati dan berkualiti. Asas bancuhan cat dengan betul penting untuk menjamin hasil yang baik. Harga cat permukaan luar agak mahal berbanding cat permukaan dalam.

Kerja mengecat juga perlu ada disiplin yang perlu dipatuhi. Seperti tidak membazirkan cat, melapik latai, membersihkan permukaan dinding, dan mengemas peralatan mengecat seperti berus dan roller.

Kerja mengecat yang biasa dilakukan seperti mengecat dinding rumah, pintu, bingkai tingkap, meleh dan siling.

Ketahanan fizikal dan mental amat perlu dalam menghadapi pelbagai situasi semasa bekerja. Kerana kerja mengecat juga amat memenatkan. Tambahan pula pada cuaca panas mengecat permukaan luar rumah amat memeritkan dan menguji stamina.

Bekerja mengecat dengan pakaian yang penuh dengan cat juga sering dipandang kurang senang oleh segelintir masyarakat apabila sedang bekerja dan makan digerai. Mungkin mereka beranggapan kerja mengecat tiada standard dan dilakukan mereka yang berpendidikan rendah sahaja.

Namun sebaliknya, kerja mengecat dilakukan sukarelawan Thirdforce yang berkelulusan Bacelor SeniBina Landskap di UPM. Sudah bertahun lama kerja mengecat demi rezeki yang halal tanpa menghiraukan ejekan orang. Kerja mengecat dapat menjana pendapatan pastinya … bersama thirdforce kita juga menanam saham akhirat melalui kerja mengecat rumah2 asnaf.

Kalau untuk rumah orang awam, Harga kos upah mengikut kaki kini RM 1.50 sekaki hingga RM 2.00 sekaki atau lebih bergantung juga kepada keadaan rupa bentuk rumah atau pembinaan. Mengambil kontrak atau upah mengecat rumah banglo, rumah sederhana, Masjid, kedai makan, sekolah dan sebagainya.

Semoga titik peluh yang keluar dalam kerja mengecat rumah asnaf menjadi saham akhirat kelak. Jom sama – sama kita membantu setakat mana yang termampu. Dengan harapan, apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Jom jadi orang baik-baik

Perkongsian dari
Zulkifli
Sasrjana muda Landscape, UPM
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *