home Religion KURSUS UMRAH SIRI KE-3 UNTUK JEMAAH UKRAH MUSIM SEJUK CUTI SEKOLAH

KURSUS UMRAH SIRI KE-3 UNTUK JEMAAH UKRAH MUSIM SEJUK CUTI SEKOLAH

Pasir Puteh- Alhamdulillah pagi tadi berlangsungnya kursus umrah siri ke 3 di Pusat Latihan Thirdforce Kebangsaan di Pasir Puteh Kelantan. Seramai lebih 30 orang peserta / jemaah yang bakal turut serta bersama abangraja hadir untuk mendengar perkongsian, tips2 serta pesanan-pesanan dari Ustaz Hafiz dan juga wakil syarikat.

Setiap tahun sejak 5 tahun yang lepas Golden Minds Group serta abangraja dan kawan-kawan beliau telah menganjurkan program Umrah bersama asnaf dimana akan ada asnaf yang terpilih untuk dibawa menuanaikan ibadat umrah. Begitu juga tahun ini ada seorag yang terpilih … semuanya ditanggung oleh Goldfen Minds Group dan kawan-kawan abangraja yang rata-rata juga adalah mereka yang sentiasa mengiringi perjuangan beliau mengajak orang ramai jomm jadi orang baik-baik.

Pernah satu ketika dulu kita decide untuk menghantar seorang imam tua di kampung. Gaji imam sekitar RM800 sebulan dengan tanggunan anak yang ramai pastinya sangat sukar untuk beliau menunaikan ibadat umrah. Maka kita pakat-pakat kongsi sikit seorang hantar beliau ke tanah suci. Sepanjang perjalanan ke sana, sepanjang berada disana sehinggalah pak imam tersebut pulang ke tanah air hanya doa yang tak pernah putus ditipkan kepada penyumbang.

Begitulah juga dengan kisah Pak Rahim bila kita sama2 hantar beliau ke Mekah tahun lepas. Meraung dan menangis teresak-esak beliau terharu dengan terpilihnya beliau ke tanah suci. Doa dari insan kerdil tersebut di tanah suci untuk kita semua pastinya adalah kekuatan untuk kita terus melangkah.

Jommm sama-sama kita jadi orang baik-baik.

Kita bersihkan hati kita dari segala sifat keji, iri hati, dengki, berprasangka buruk, mencari aib orang dsbg. Kerana disaat orang lain sibuk mengumpul pahala kita masih alpa dengan dosa yang makin bertambah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.